Music

Sukan - Mata akan berjuang untuk Chelsea


Juan Mata menegaskan beliau tidak akan membiarkan kekecewaan setelah dikecualikan oleh skuad Sepanyol menjejas prestasi beliau di Chelsea.
Walaupun lebih banyak fokus diberikan kepada pemain baru Oscar dan Eden Hazard, Mata telah merampas perhatian dengan persembahan yang memuaskan berturut-turut - yang terbaru hasil perlawanan di White Hart Lane semalam (Sabtu).
Apabila pasukan ketinggalan 2-1 bersama Tottenham, pemain Sepanyol itu menyerlah dengan dua jaringan gol dalam hanya dua minit sebelum beliau memberikan bola kepada Daniel Sturridge yang turut menterai kemenangan Blues dalam masa kecederaan.
Kehebatan Mata menonjol dua minggu setelah pemain tengah itu dikecualikan dalam pasukan antarabangsa Sepanyol dalam perlawanan menentang Belarus dan Perancis akan datang.
Sesiapa yang telah menyaksikan prestasi Mata baru-baru ini tentu akan meragukan bagaimana pemain yang berumur 24 tahun itu diabaikan oleh pasukan antarabangsa beliau.
Namun, pemain itu hanya mahu menumpukan perhatian kepada peranan beliau di oasukan Chelsea.
"Saya tidak pasti jika ada sesiapa yang telah menonton dari skuad Sepanyol tetapi saya akan lebih fokus memperbaiki diri dalam setiap pertandingan Chelsea." beliau berkata.
"Saya ingin memberikan yang terbaik untuk pasukan.
"Saya mempunyai peluang untuk menjarinkan gol tetapi Fernando (Torres) sedang berada di posisi yang lebih sempurna untuk menjaringkan gol.
"Kemenangan lebih penting untuk saya. Kami telah mengekalkan kedudukan teratas liga."
Persembahan Mata telah menyakinkan Chelsea untuk menjulang Liga Perdana Barclays sebelum perlawanan menentang musuh ketat Manchester United minggu depan.


Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment