Music

Sukan - Cole didakwa kecam FA guna Twitter


Ashley Cole
$entry.content.caption.value
PEMAIN pertahanan Chelsea, Ashley Cole didakwa oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berikutan komen kesat terhadap badan induk bola sepak itu di laman sosial Twitternya, baru-baru ini.

Satu kenyataan ringkas di laman web FA berkata: "Cole telah didakwa oleh FA berhubung komen Twitter yang tidak betul dan membawa keburukan kepada pihaknya."
Cole, 31 menggunakan akaun Twitter untuk mengkritik FA, selepas kecewa keterangannya dalam kes kenyataan rasis John Terry dipertikaikan.

Cole yang kecewa dengan tindakan FA melepaskan geram melalui akaun Twitternya yang bertulis: "Hahahahaa, syabas # fa, saya berbohong saya, # BUNCHOFT *** S."
Sehubungan itu, Cole mempunyai masa sehingga hari Khamis ini untuk bertindak balas terhadap pertuduhan itu.

Sebelum ini, Cole yang menyedari kesilapan itu telah memohon maaf kepada FA dan menyesal kerana gagal mengawal emosi.
“Saya minta maaf di atas komen yang tidak seharusnya berlaku. Saya akan belajar daripada kesilapan ini," tegas Cole.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment