Music

Sukan - Fowler yakin dengan Rodgers

Football News: Brendan Rodgers.

Lagenda Liverpool Robbie Fowler yakin bahawa Brendan Rodgers mampu berjaya dengan pasukan Reds.

Rodgers yang telah mengambil alih sebagai pengurus pasukan pada musim panas, diletak di bawah penelitian sengit oleh peminat dan pihak media setelah permulaan lemah Liverpool pada musim ini.
Ini merupakan musim pertama beliau bersama Liverpool dan mereka sekadar menang dalam satu dari tujuh perlawanan Liga Perdana pertama yang turut meletakkan mereka di tempat ke 14 dalam kedudukan.
Harapan terbukti tinggi untuk sebuah pasukan yang telah memperolehi sejarah kemenangan panjang apabila ramai peminat mencadangkan supaya pengurus digantikan lagi.
Walaubagaimanapun, Fowler yang telah mengunjungi Singapura untuk Piala EPL Masters Singapura 2012, amat berpuas hari dengan Rodgers dan percayai bahawa pengurus dari Utara Ireland itu mampu membimbing Liverpool untuk lebih meningkat.
Baliau berkata kepada ESPNSTAR.com: "Saya tiada masalah dengan Brendan kerana beliau adalah pilihan tepat sebagai seorang pengurus.
"Falsafah beliau tentang permainan bola sepak amat menakjubkan dan saya berharap setiap pengurus akan mengikuti langkah beliau.
"Saya suka dengan cara beliau mendidik. Beliau dapat melakukan kerja beliau dengan baik.
"Permulaan pasukan Liverpool pada musim ini agak lemah tetapi pemain-pemain mampu bangkit semula dan menyesuaikan diri kepada gaya Brendan.
Dalam era di mana pengurus kini diberikan lebih kurang setahun untuk menghasilkan keputusan baik, Fowler telah menggesa Liverpool untuk kekal bersama Rodgers.
"Beliau harus diberikan kecukupan masa untuk membuktikan diri," Fowler menambah.
"Penyokong Liverpool ingin meraih kemenangan tetapi mereka boleh memahami bahawa setiap pengurus baru memerlukan sedikit masa untuk menonjolkan kemahiran mereka.
"Anda boleh merujuk kepada pasukan Manchester United dan pengurus Sir Alex Ferguson. Beliau telah mengambil tempoh tujuh tahun bersama pasukan sebelum beliau mempu meraih kejohanan liga.
"Saya tahu pemilik dan pengerusi pasukan ingin meraih kemenangan secepat mungkin tetapi anda harus bersabar juga."
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment