Penjaga gol Tottenham Hotspur Hugo Lloris ingin membuktikan tempat beliau dalam pasukan utama dan tidak menghiraukan kontroversi.
Lloris telah dikagumi ramai atas penampilan pertama beliau dalam kemenangan 2-0 menentang Aston Villa pada hari Ahad di mana penjaga gol dari Perancis itu telah membuat beberapa halangan percubaan hebat dari pasukan Villians.
Walaupun telah berpindah ke Utara London dari pasukan Perancis dalam musim panas ini, pemain yang berumur 25 tahun itu tidak disenaraikan dalam pasukan utama setelah gagal menyakinkan pengurus Spurs Andres Villas-Boas untuk memberi beliau tempat pertama dalam pasukan.
Pemain baru yang bernilai £12 juta itu berharap dapat menggantikan penjaga gol pilihan pertama Brad Friedel tetapi beliau akui masih memerlukan beberapa perlawanan untuk memperbaiki kebolehan diri.
"Saya telah bermain dalam tiga perlawanan pada bulan yang lalu," Lloris berkata kepada the Sun.
"Biasanya, saya akan bermain dalam perlawanan setiap tiga hari bersama Lyon.
"Ia lebih memanfaatkan jika saya dapat bermain dengan pasukan untuk memperbaiki prestasi.
Pengurus pasukan antarabangsa Perancis Didier Deschamps telah mengkritik keputusan Villas-Boas untuk meninggalkan Lloris dari pasukan utama tetapi Lloris menegaskan bahawa beliau tidak menghiraukan tentang perkara ini dan sedang menumpukan perhatian untuk mendapat tempat dalam pasukan.
"Saya tidak risau tentang situasi ini," Lloris bertambah.
"Saya telah memberikan 200 peratus sejak memasuki pasukan Tottenham
"Saya akan berlatih dengan kuat kerana ini semua adalah sesuatu yang baru untuk saya terutamanya Liga Perdana.
"Saya sentiasa bersedia untuk bermain."
Dan Lloris yang baru menyertai pasukan pada hari terakhir jendela perpindahan, mengakui beliau masih memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dalam pasukan baru.
Spurs akan bertemu juara kedudukan Chelsea untuk perlawanan Liga Perdana seterusnya dan Villas-Boas dijangka akan menurunkan Friedel sebagai penjaga gol utama.
0 comments:
Post a Comment