Music

Sukan - John Terry tidak buat rayuan

Football News: John Terry, Chelsea

Pemain pertahanan Chelsea John Terry tidak akan membuat rayuan atas penggantungan empat perlawanan dan denda £220,000.

Terry telah memberi kenyataan melalui Elite Management, yang menyatakan: "Setelah menimbang pilihan yang saya ada, saya telah membuat keputusan untuk tidak merayu hukuman yang diberi Persatuan Bolasepak (FA)."
"Saya ingin mohon maaf kepada semua atas kata-kata kesat yang digunakan dalam perlawanan Queens Park Rangers bulan lepas."
"Walaupun saya kecewa dengan tindakan FA, saya menerima yang saya tidak sepatutnya menggunakan kata-kata itu dalam atau luar perlawanan."
"Seperti dikatakan, saya sedar yang saya mempunyai tanggungjawab besar dalam posisi saya di kelab ini dan ia telah memudaratkan keadaan saya."
"Tindakan saya telah memalukan kelab Chelsea dan ia tidak akan berlaku lagi."
"Sekarang, saya hanya ingin melupakan kes ini dan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki keadaan kelab ini."
"Saya amat berterima-kasih kepada sokongan yang diberi Chelsea, para penyokong dan ahli keluarga saya."
Terry telah dilepaskan oleh Westminster Magistrates Court pada bulan Julai atas tuduhan rasis, dengan pertolongan testimoni oleh Ashley Cole.
Walaubagaimanapun, pihak pengadilan berpendapat bahawa kenyataan Cole mempunyai beberapa kesilapan dan telah membuka semula kes ini.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment