Music

Sukan - Terry dan Cole didenda

Football News: Ashley Cole, John Terry, Chelsea

Chelsea telah mengambil tindakan ke atas John Terry setelah beliau didapati bersalah sementara Ashley Cole turut didenda oleh Persatuan Bola Sepak (FA).

Pasukan telah membuat keputusan untuk menghukum Terry setelah beliau enggan membuat rayuan atas penggantungan empat perlawanan dan bayaran denda £220,000 - namun pasukan tidak akan mendedahkan hukuman tersebut.
Rakan sepasukan Terry dalam Chelsea dan England, Cole turut didenda £90,000 atas komen kontroversi beliau terhadap Persatuan Bola Sepak (FA) di laman sosial Twitter yang diletaknya setelah perbicaraan kes rasis Terry pada hari itu.
Terry telah memohon maaf untuk kelakuan beliau dan mengumumkan bahawa beliau tidak akan merayu untuk penggantungan dan bayaran denda £220,000 yang diberikan dua minggu yang lalu.
Namun, Terry masih belum memohon maaf kepada Ferdinand.
Persatuan Bola Sepak (FA) juga telah mengesahkan bayaran denda ke atas Cole setelah pemain pertahanan itu mengakui telah meletak kenyataan yang kurang sopan di akaun Twitter beliau.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment