Music

Sukan - Henchoz: Reds silap beli pemain


Bekas pemain pertahanan Liverpool Stephane Henchoz percaya bahawa kelab itu kini merosot akibat kesilapan musim pemindahan.

Liverpool gagal untuk membuat permulaan yang baik musim ini di bawah Brendan Rodgers, dan telah menang hanya satu dari tujuh perlawanan setakat ini dan berada di tangga ke 14 liga dengan enam mata.

Football News: Jordan Henderson & Andy Carroll
Henchoz telah memberitahu ESPNSTAR yang kemerosotan pasukan Reds adalah akibat jadual yang padat dan keputusan yang mengecewakan, tetapi telah juga mengatakan bahawa kelab itu masih mengalami masalah kesilapan dari pihak pengurusan sebelum Rodgers.
Bekas pemain antarabangsa Switzerland itu telah mengatakan yang pemain yang dibeli Roy Hodgson dan Kenny Dalglish seperti Stewart Downing, Jordan Henderson dan Charlie Adam gagal menyerlah di kelab itu walaupun diberi peluang.
Henchoz yang kini berada di Singapura untuk kejuaraan EPL Masters Football Singapore Cup 2012, telah berkata: "Saya rasa kami telah membuat kesilapan besar musim lepas apabila Liverpool menghabiskan 100 juta pounds untuk enam atau tujuh pemain tetapi hanya Suarez yang menyerlah."
"Pemain yang lain tidak cukup bagus; Henderson, Downing - mereka tidak setaraf dengan pemain Liverpool lain."
Rodgers telah berusaha untuk melepaskan pemain dengan meminjamkan Andy Carroll, menjual Charlie Adam dan meletakan Stewart Downing dalam pasukan simpangan tetapi pasukan Liverpool kini semakin lemah - terutama dengan Fabio Borini kini mengalami kecederaan panjang; hanya Luis Suarez yang mampu bermain dalam posisi penyerang.
"Rodgers perlu diberi lebih masa untuk memperbaiki keadaan Liverpool. Ia amat mencabar. Ini adalah musim untuk Liverpool menyesuaikan diri kembali."
"Kami perlu mendapatkan pemain yang sesuai. Kami memerlukan lebih penyerang."
"Suarez pula harus menukar mentalitinya." Henchoz berkata. "Beliau amat berbakat tetapi beliau perlu sedar bahawa liga ini buka seperti di Itali ataupun negaranya dimana beliau akan dipuji jika menang tendangan percuma."
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment