Music

Sukan - Terry kekal sebagai kapten Chelsea


Pengurus Chelsea Roberto Di Matteo menegaskan bahawa John Terry akan kekal sebagai kapten pasukan.

Terry kelihatan mantap untuk diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Shakhtar Donetsk esok (Selasa). Ini akan menandakan perlawanan pertama sejak beliau dihukum dengan penggantungan empat perlawanan domestik.
Pemain yang berumur 31 tahun itu akan memegang tempat sebagai kapten pasukan setelah Chelsea enggan menurunkan status beliau walaupun telah dikaitkan dengan kes rasis terhadap Anton Ferdinand lebih kurang setahun yang lalu.
Pemain pertahanan itu juga akan memakai armband mengandungi slogan 'Unite Against Racism' sebagai tanda sokongan kepada kempen Football Against Racism in Europe (FARE) yang dijadualkan pada minggu ini.
Terdapat beberapa peranan kapten yang masih perlu dilakukan oleh Terry dan ia mungkin bertambah sebelum beliau bersara di Chelsea.
Walaubagaimanapun, beliau masih kekal sebagai 'Captain, Leader, Legend' kepada para penyokong. 
"Beliau sedar akan kesilapan dan telah memohon maaf. Saya harap beliau akan belajar dari isu ini," Di Matteo berkata.
"Beliau mampu diterima sebagai kapten pasukan jika beliau mengubah sikap.
Terry tidak pernah mengemukakan masalah tentang tugas kepimpinan walaupun berada dalam tekanan.
Ia telah menjadi kebiasaan untuk Terry menyerlah dalam masa lemah pasukan.
Di Matteo: "Saya tidak pernah mempertimbangkan beliau.
"Beliau sentiasa fokus dalam perlawanan. Apa yang sama antara pemain-pemain bola sepak adalah jika mereka mempunyai masalah peribadi, mereka akan menumpukan lebih perhatian dalam permainan kerana ia akan menolong mereka.
Kemenangan 4-2 di Tottenham baru-baru ini dalam saingan Liga Perdana Barclays telah menyerlah dalam sejarah kemenangan juara Eropah ini.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment