Music

Adegan filem suami isteri di bilik tidur mengikut sunnah Nabi *pitam*



MELIHAT babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton.
Apatah lagi sebagai filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd, elemen kontroversi seperti ini diharapkan untuk memancing penonton ke panggung.

Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.


“Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi.


“Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih. Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri. - 
Sumber Harian Metro



sumber mforum2
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. sunnah nabi apanya ..dah terang2 berlakon dengan bukan muhrim ...peluk2
    bersekedudukan walaupun dalam filem ..
    jadah apa

    ReplyDelete