Music

Hukum Beronani Lelaki/Perempuan




Secara mudahnya perbuatan ini adalah haram dilakukan kerana boleh mendatangkan banyak mudarat kepada manusia dan membuatkan nafsu sering memberontak. Jadi amalan agama yang secukupnya adalah perlu untuk menghentikan keinginan yang tinggi dan nafsu yang meronta-ronta meminta dipuaskan ini.




Perbuatan onani perlu dipandang serius oleh semua golongan. Kerana ia melibatkannafsu syahwat dan membahayakan kesihatan diri sendiri. Menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui apakah keburukan di sebalik onani yang hanya memberi kepuasan sementara ini.

Berikut merupakan beberapa keburukan onani.
1. Melemahkan zakar. Apabila melakukan persetubuhan dengan isteri, pancutan air mani akan berlaku bukan dalam masa yang betul. Pendek kata, cepat pancut.


2. Apabila pancutan berlaku bukan pada masanya, isteri tidak akan mencapai tahap klimaks. Ini menyebabkan si isteri keciwa dan tidak mencapai nikmat klimaks.

3. Menyebabkan lemah daya fikir dan lemah daya ingatan. Perkara ini menyebabkan kita sukar menerima pelajaran, apatah lagi menghafal sesuatu perkara.

4. Menyebabkan keletihan. Kerana proses pancutan air mani melibatkan juga proses pembakaran kalori yang memerlukan tenaga yang banyak. Justeru, tidak hairanlah sekiranya pengamal onani kelihatan kurus kering.

5. Membazir air mani. Air mani tidak dipancutkan di tempat yang hak. Sebaliknya, ia dibuang begitu sahaja tanpa memanfaatkan air mani tersebut.
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (yakni) Orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya” [TMQ al-Mukminun:1-5]

ARTIKEL LAIN:


PEREMPUAN PALING SEKSI( LELAKI DILARANG TENGOK)
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment