Music

Sukan - Johnson suka melihat potensi Sterling


Pemain Liverpool Glen Johnson amat gembira dengan sikap Raheem Sterling yang ingin meningkat sebagai seorang pemain.

Pemain yang berumur 17 tahun itu telah menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan menentang Reading untuk memberikan pengurus Brendan Rodgers kemenangan pertama beliau di padang sendiri.
Beliau turut mencatat rekod sebagai pemain termuda kedua dalam pasukan Reds untuk menjaringkan gol di belakang Michael Owen yang telah menjaringkan gol pertama dalam perlawanan menentang Wimbledown pada umur 17 tahun dan 149 hari.
Johnson amat gembira apabila dapat menyaksikan potensi Sterling atas padang menentang Reading.
Pemain antarabangsa England itu telah meluahkan pendapat beliau di laman web rasmi pasukan bahawa para penyokong boleh menjangkakan lebih banyak gol dari pemain yang turut disifatkan beliau sebagai cekap and bersemangat.
"Kami amat gembira setelah Raheem menjaringkan gol pertama beliau. Beliau berhak mendapat peluang tersebut," Johnson berkata di laman web rasmi pasukan.
"Beliau mempunyai bakat yang hebat dan saya pasti ini bukan jaringan gol terakhir beliau dalam liga perdana.
"Beliau juga merupakan seorang pemain yang konfiden dalam latihan."
Sterling telah ditawar keluar dari akademi QPR pada tahun 2010 dan telah membuat penampilan dalam setiap liga perlawanan untuk pasukan Liverpool pada musim ini.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment