Music

Sukan - Nani ingin tewaskan Stoke


Stoke vs Man Utd: Nani


Pemain sayap Manchester United Nani memberikan amaran kepada rakan sepasukan supaya menggunakan kelebihan dalam perlawanan menentang Stoke.
Stoke telah menewaskan Liverpool dan Tottenham serta menguasai perlawanan menentang United, Arsenal, Manchester City dan Chelsea pada musim lalu, membuktikan diri mereka sebagai sebuah pasukan yang tidak takut dengan pasukan teratas dalam kedudukan Liga Perdana.
Hanya Chelsea yang mampu menewaskan mereka dalam tujuh perlawanan pertama pada musim ini.
Pasukan Potters yang dikenali untuk gerakan mereka serta kelebihan melambung umpanan jauh untuk diambil oleh penyerang Peter Crouch.
Nani berpendapat bahawa pasukan beliau mempunyai pilihan lain dan harus memberikan serangan demi serangan kepada pasukan pelawat pada hari Sabtu.
"Ia sentiasa perlawanan sukar untuk menentang Stoke kerana mereka mempunyai banyak pemain yang kuat. Kami harus kerap berusaha dan bermain," Nani memberitahu MUTV.
"Kami akan bermain di padang sendiri jadi kami yakin dapat meraih tiga mata. Ia amat penting untuk mengunakkan kelebihan padang sendiri untuk meraih kemenangan."
Pemain sayap Portugis itu amat gembira setelah Red Devils mampu bangkit semula dalam perlawanan menentang Newcastle sebelum tempoh rehat antarabangsa. Mereka telah melalui kekalahan kepada Tottenham dalam perlawanan sebelum ini tetapi Nani yakin bahawa mereka mampu menang untuk meningkat dalam kedudukan.
"Kami telah mencapai keputusan baik dalam perlawanan menentang Newcastle sebelum tempoh masa rehat antarabangsa jadi kami berasa lebih yakin untuk bermula sekali lagi dengan baik," beliau menambah.
"Misi kami sekarang adalah untuk meraih kejohanan."
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment