Arsene Wenger mengharapkan pasukan Arsenal dapat bangkit semula dalam saingan Liga Juara-Juara setelah diberi kejutan dengan kekalahan di Norwich.
Pasukan Gunners tidak melalui permulaan yang baik beberapa minggu ini namun merka mampu meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana Barclays di bawah bimbingan Chis Hughton.
Penyerang Jerman Lucas Podolski telah mengukir peluang pertama tetapi ia adalah pasukan Norwich yang telah membuka tirai perlawanan apabila Grand Holt berjaya menyumbang bola gol 20 minit setelah percubaan Alex Tettey ditolak oleh penjaga gawang gantian Vito Mannone masuk kotak penalti.
Arsenal mampu mendahului namun tidak dapat mengukir peluang emas apabila Norwich mempertahankan kubu dengan mendalam.
Olivier Giroud yang telah menjaringkan gol Liga Perdana pertama beliau di West Ham sebelum tempoh rehat antarabangsa - telah mengukir peluang hanya untuk ditolak dengan mudah oleh John Ruddy sementara rembatan rendah Mikel Arteta merupakan halangan nasib yang dilakukan oleh penjaga gawang seluruh perlawanan.
Wenger sedar akan keperluan untuk menonjolkan persembahan yang lebih baik apabila mereka menentang Schalke nanti serta berjuang untuk mendapat tempat dalam kedudukan 16 teratas dalam saingan Liga Juara-Juara.
"Saya mengharapkan keputusan ini akan menghasilkan impak yang positif kepada pasukan," Wenger berkata. "Ia amat mengejutkan tetapi anda harus memberi kredit kepada Norwich kerana mereka telah bermain dengan penuh kommitmen lalu mereka berhak untuk meraih kemenangan.
"Mungkin kami telah memandang rendah ke atas tahap kesukaran perlawanan. Namun ini merupakan saingan Liga Perdana jadi kami harus kerap berjuang untuk mengelak dari kejutan buruk."
0 comments:
Post a Comment