Music

Sukan - Shinji Kagawa tak puas hati


Pemain tengah Manchester United Shinji Kagawa mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi beliau setakat ini dan bertekad untuk lebih meningkat pada masa depan.
Pemain tengah Jepun itu telah menyerlah di bekas pasukan Borussia Dortmund dengan 17 jaringan gol dalam saingan Bundesliga pada musim yang lalu.
Beliau dijangkakan mampu mencapai kejayaan yang sama dalam Liga Perdana namun beliau masih belum digunakan sepenuh masa oleh pengurus Sir Alex Ferguson gara-gara lebih suka menurunkan permain seperti Danny Welbeck, Antonio Valencia dan juga Wayne Rooney di posisi tengah padang.
Kagawa sendiri mengakui bahawa beliau masih kurang matang untuk bermain akibat masalah komunikasi dan menyesuaikan diri dalam pasukan .
Beliau dikecualikan dalam kemenangan 4-2 pasukan United ke atas Stoke pada hari Sabtu.
Pemain tengah itu turut menerima kenyataan bahawa beliau harus lebih berusaha untuk mendapat tempat dalam pasukan.
"Saya rasa bahawa saya tidak berhak mendapat tempat (dalam pasukan)," Kagawa berkata dengan jujur kepada Kyodo News .
"Tiada perlawanan yang saya berpuas hati. Saya perlu lebih masa untuk menyesuaikan diri dalam pasukan.
"Yang penting sekarang adalah saya harus bekerja lebih kuat untuk menonjolkan kemampuan saya. Anda akan mendapat keyakinan dari pasukan apabila anda menghasilkan keputusan yang baik."
Kagawa mampu meningkat jumlah gol beliau iaitu dua gol dari tujuh penampilan apabila United bertemu Braga dalam perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan H pada hari Selasa.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment