Norish Karman Kini Berkerusi Roda Akibat- ‘L5 S1 Caudal
Epidural Injection’
Begitulah semangat dimiliki pelakon terkenal, Norish Karman.
Biarpun, penyakit ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ iaitu kekoyakan di bahagian
‘spine disc’ dan tisu amat menyakitkan hingga menyebabkan bintang Sayang Salmah
itu terpaksa berkerusi roda, namun dia tidak mahu menjadikan penderitaannya itu
sebagai alasan untuk tidak ke lokasi. Ini sekali gus membuktikan bahawa dia
begitu komited terhadap tugasnya sebagai pelakon.
Walaupun keadaannya berkerusi roda dan perlu dibantu ketika
berdiri, tiada siapapun akan menyangka dia masih mampu menggagahkan diri ke
lokasi penggambaran, sekali gus menyiapkan baki babak drama bersiri Julia yang
hangat dipertontonkan di TV3 ketika ini.
“Pihak produksi faham keadaan saya tapi atas dasar
tanggungjawab saya tetap datang ke lokasi kerana hampir setiap episod yang
ditayangkan ada babak membabitkan saya sebagai Zainab dalam drama itu. Kalau
saya tidak ke lokasi menyiapkan babak saya, ia boleh menyebabkan jalan cerita
tergantung.
“Saya ditahan di wad Isnin lalu, bagaimanapun keesokan hari,
saya meminta keizinan doktor untuk ke set penggambaran dan menjelaskan kepada
doktor seandainya saya tidak pergi akan timbul masalah pada pihak produksi
termasuklah kesinambungan jalan cerita drama itu.
“Mujurlah penggambaran pada hari itu membabitkan babak di
kafe, jadi saya hanya perlu berlakon sambil duduk dan tidak begitu membebankan
saya,” katanya.
Terikat dengan baki babak yang masih banyak, Norish berkata,
Tuhan juga mengatur takdir untuknya cukup indah biarpun dalam keadaan begini.
“Kebetulan babak seterusnya akan saya jayakan selepas ini
adalah sambungan kepada babak saya dirompak empat penjenayah, saya mengalami
kecederaan dan mengesot hingga ke bilik menantu saya yang dirogol.
“Konti daripada babak itu mungkin saya boleh teruskan dengan
watak Zainab menggunakan kerusi roda gara-gara peristiwa rompakan itu. Inilah
yang saya katakan takdir Allah cukup indah. Dia (Allah) tahu saya perlukan
kerja ini untuk menyara anak-anak namun diberikan dugaan apabila saya ditimpa
sakit.
Tetapi diberikan jalan untuk saya terus berlakon dan
melangsaikan kerja saya,” katanya.
Dikenali sebagai pelakon sensasi dan kerap dilanda
kontroversi, namun apa yang mengagumkan sakit bukan alasan untuknya mengabaikan
anak-anak. Dalam keadaan kurang sihat, Norish masih menyiapkan makanan
anak-anak dan membantu menyiapkan kerja sekolah mereka biarpun di hospital.
“Saya rasa bersalah kalau saya tidak mengambil berat
anak-anak. Lagipun saya memang terapkan kasih sayang sebagai perkara utama.
“Biar ibu bapa mereka bercerai tetapi kehidupan anak-anak
penuh kasih sayang.
Sesibuk manapun saya berlakon, saya tetap pastikan masak
untuk anak-anak. Dalam keadaan begini, kunjungan anak-anak setiap hari yang
hampir setiap masa bersama saya sebenarnya meringankan kesakitan yang
ditanggung,” katanya dijangka pulang hari ini.
Bercerita mengenai penyakit itu, Ahad lalu sewaktu
menghadiri majlis perkahwinan temannya, dia secara tiba-tiba diserang sakit
belakang. Sehinggakan sewaktu bergambar dengan peminat, dia terpaksa duduk
saja.
Sebaik pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam dan merehat–kan
diri di kamar, dia tidak boleh bangun dan berasa separuh lumpuh.
“Sakitnya Allah saja yang tahu. Saya sampai menangis dan
ibarat orang lumpuh separa badan. Hendak ke hospital malam itu, saya terfikir
hari Ahad dan pasti–nya kalau ke hospital juga, malam itu dihabiskan untuk
ditahan dalam wad tanpa ada rawatan.
“Justeru, saya putuskan pergi ke hospital keesokan harinya.
Sementara malam itu saya hanya bersabar dan menggunakan minyak angin untuk
kurangkan kesakitan.
“Ketika menjalani pemeriksaan, doktor ‘L5 S1 Caudal Epidural
Injection’, jadi saya disarankan menjalani pembedahan kecil.
“Penyakit itu, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca
daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan
semula, mungkin punca sebab silap sendiri.
“Saya tidak punya orang gaji dan semua kerja rumah saya
buat. Bayangkan sampaikan basuh kain pun guna tangan, percaya tak saya tak ada
mesin basuh di rumah.
“Anak-anak saya yang sudah besarpun kadang-kadang saya masih
dukung mereka.
Selebih–nya, mungkin kerjaya saya sebagai pelakon memerlukan
saya menjayakan babak berat,” katanya yang memohon tidak mendedahkan nama
hospital yang didiami.
Turut bersama di sisi Norish adalah Haqiem Armany, 13, Hardy
Amieran, 9, Hanyz Armanda 8, Haq Luftie Alexander, setahun dua bulan dan anak
angkat, Nor Zam, 18.
0 comments:
Post a Comment