Music

Sukan - Dzeko tidak mahu sekadar pengganti


Edin Dzeko tidak mahu dikenali sekadar pemain gantian di Manchester City.

Dzeko telah menjadi salah satu penjaring gol utama dengan enam gol musim ini.
Dua jaringan gol beliau sebagai pemain gantian dan dua lagi hasil kemenangan 2-1 di West Brom semalam (Sabtu).
Pemain antarabangsa Bosnia itu telah diturunkan pada 11 minit terakhir dan  beliau telah menyamakan kedudukan dalam 60 saat serta menyempurnakan hantaran Sergio Aguero dalam masa kecederaan untuk mencatat kemenangan.
Platt telah menggesa bahawa sumbangan Dzeko terkini telah menyakinkan pengurus bahawa mereka mampu menang dalam perlawanan liga Juara-Juara menentang Ajax pada hari Rabu.
Dzeko yang juga telah menjaringkan gol utama sebagai pemain gantian di Fulham, berkata: "Pengurus (Roberto Mancini) telah membuat pilihan dan saya berada di sana apabila pasukan memerlukan saya.
"Namun, saya tidak pernah menjadi seorang pemain gantian sebelum ke Manchester City.
"Saya sering dimasukkan dalam kesebelasan pasukan (untuk Wolfsburg) dari awal dan saya telah menjaringkan banyak gol tetapi bukan sebagai pemain gantian.
"Saya bahagia kerana dapat menyumbang gol tetapi saya tidak mahu sekadar pemain gantian, saya ingin bermain."
Platt berkata: "Edin tidak akan kekal sebagai seorang pemain gantian kerana beliau akan menyertai kesebelasan pasukan apabila masa tepat tiba, sama seperti pemain yang lain.
"Kami mempunyai 24 pemain, empat sedang dikecualikan akibat rawatan jadi kami mempunyai 20 pemain untuk dipilih.
"Edin diturunkan dan telah mendapat dua gol. Beliau telah kekal menonjol dalam fikiran pengurus untuk perlawanan menentang Ajax pada hari Rabu.
"Kami tetap akan memilih barisan pasukan melihat apa yang patut.
Platt berpuas hati dengan reaksi Dzeko tentang posisi beliau sebagai pemain gantian.
Beliau berkata: "Prestasi Edin kekal mantap bukan hanya dalam segi menjaringkan gol. Beliau telah melalui permulaan yang memuaskan dan ini membuktikan bahawa beliau adalah pemain teratas.
"Seorang pemain harus kecewa jika mereka tidak diletakkan dalam kesebelasan pasukan namun mereka akan lebih berusaha dan akan memberikan apa yang anda perlu iaitu untuk berjuang dalam permainan."
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment