Music

Perumahan Johor: Mahal bagi rakyat Malaysia, menarik untuk ekspatriat Singapura

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lebih ramai ekspatriat asing memilih untuk tinggal di Johor kerana rumah yang lebih murah dan besar, menurut laporan akhbar Singapura hari ini, sementara rakyat Malaysia masih tidak mampu membeli rumah.
Tatkala  ekspatriat Singapura mencari rumah yang lebih murah di Malaysia, rakyat Malaysia terutamanya yang baru bekerja mengadu mereka tidak mampu membeli rumah.
Dolar Singapura bernilai 2.5 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia.
“Malaysia menawarkan rumah yang lebih murah,” Geert Hulst, warga Australia, isteri kepada warga Belanda, yang bekerja di republik tersebut, memberitahu akhbar Singapura Sunday Times (ST), dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini.
Legoland Malaysia, antara tarikan untuk ekspatriat. — Foto fail Reuters
Pasangan tersebut membeli rumah banglo lima bilik di Ledang Heights, Johor, yang mereka katakan lima kali ganda lebih luas dari kondominium mereka di Singapura, dan terdapat 100 orang ekspatriat yang terus berkembang.Dua anak mereka juga belajar di Marlsborough College di Johor selepas dibuka pada Ogos, menurut akhbar edisi hujung minggu Singapura, Straits Times.
Perpindahan mereka dari Singapura ke Johor untuk melihat harga yang lebih murah bermula lima tahun lalu, menurut ajen hartanah kepada ST.
Mereka mula berpindah ke Nusajaya, iaitu sebahagian dari zon ekonomi Iskandar Malaysia di Johor yang bermula sejak tahun 2006.
ST melaporkan projek perumahan seperti Horizon Hills, Leisure Farm Resort dan Ledang Heights di Nusajaya sedang rancak berjalan.
Harga sewa rumah meningkat antara RM8,000 hingga RM20,000 sebulan manakala banglo berharga antara RM2 juta hingga RM7 juta.
Ajen hartanah Jerry Lim berkata, mereka tidak berlengah-lengah lagi sejak pembukaan lebih banyak sekolah di Iskandar Educity.
Separuh dari hartanah UEM Land dijual kepada warga asing termasuk rakyat Singapura, kata pemaju perumahan itu kepadaST.
“Dengan projek seperti Marlborough College, Legoland, Pinewood Studios, serta hospital dan universiti yang bakal siap, tidak ada risiko untuk pelaburan,” kata David Bochsler, pengarahan jualan dan pemasaran Exhale, salah satu firma yang membina rumah di Nusajaya.
Bochsler, yang kini tinggal di Johor tetapi bekerja di Singapura, merujuk kepada pembangunan baru menjadikan Iskandar Malaysia semakin menarik untuk pembeli rumah.
Ekspatriat dari Belanda, Geert Hulst, bergerak 45 minit sehari untuk bekerja di Singapura, dan dua orang anaknya belajar di Marlborough College selepas ia dibuka pada Ogos.
Baru-baru ini, kerajaan persekutuan berjanji tidak akan mengutip tol untuk pengguna di Link Penyuraian Timur (EDL), lebuhraya di Johor selepas cadangan pengambilalihan dari Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
Cadangan ini mungkin memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan ekspatriat yang tinggal di Johor untuk menyeberang tambak untuk bekerja di Singapura.
Lebih dari 50,000 kenderaan melalui jambatan EDL setiap hari.
Putrajaya pada Bajet 2013 telah mengadakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah perumahan, dengan perdana menteri mengumumkan inisiatif melalui Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan agensi kerajaan seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan PR1MA akan membina 5,000 rumah mampu milik yang dijangka 20 hingga 30 peratus lebih rendah dari harga pasaran di Seremban, Negeri Sembilan.

p/s : salah satu perkara yang perlu kita sedari....
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment