Music

Sukan - Terry bersara dari wakili negara


John Terry
Pemain Chelsea dan England, John Terry
BEKAS kapten England, John Terry  mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak antarabangsa apabila insiden kenyataan rasis terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand dikatakan mengganggu kariernya.

Jelasnya, meskipun didapati tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan rasis terhadap Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu, namun Persatuan Bola Sepak (FA) membuatkan kehidupan beliau semakin sukar.

"Saya ingin mengumumkan pensaraan saya dari bola sepak antarabangsa.

"Saya membuat pengumuman ini sebelum kes saya didengar di mahkamah kerana saya rasa FA telah membuat tanggungjawab saya amat sukar apabila ia bertindak untuk terus menyiasat kes saya walaupun telah dilepaskan sebelum ini.

"Tindakan FA juga membuat posisi saya sebagai ketua pasukan 'amat sukar'," katanya dipetik dalam BBC.

Tambah beliau: "Saya ingin berterima kasih kepada semua pengurus pasukan England yang telah memberikan saya peluang beraksi sebanyak 78 penampilan untuk negara."

"Saya juga ingin berterima kasih kepada para peminat dan keluarga saya untuk segala sokongan yang telah diberi dalam kerjaya antarabangsa saya selama ini.

"Apa-apa pun, saya amat bangga dapat mencapai impian untuk mewakili dan mengetuai negara," jelasnya lagi.

Pemain pertahanan Chelsea itu juga mengucapkan selamat maju jaya kepada pengurus pasukan England, Roy Hodgson dan pasukannya untuk terus mencipta kejayaan dalam dunia bola sepak.

"Saya berasa amat kecewa dengan membuat keputusan ini. Tapi, dengan melihat kejayaan pasukan England sudah cukup mengubati kekecewaan ini," katanya lagi.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment