Paris- Seorang penyanyi
rap wanita terkenal di Perancia, Diam, mengejutkan peminatnya apabila buat
pertama kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam.
Diam
atau nama sebenarnya Melanie Georgiades, disifatkan telah melakukan proses
transformasi sepenuhnya daripada seorang penyanyi rap kepada seorang wanita
Muslim.
Sejak 2009, Diam telah mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak
ramai dan kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya
dalam interview dengan stesen televisyen Perancis, TF1.
Dalam temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana
dia tertarik untuk memeluk Islam.
Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama
Islam.
“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu
saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.
“Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia
merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini
percaya, kita hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.
Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca
Al-Quran.
Dia juga berpindah ke Mauritius untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih
memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam.
Menceritakan kisah silamnya, Diam berkata, walaupun dia seorang yang terkenal
namun dalam hatinya, tiada siapa yang tahu bagaimana dia menangis setiap malam
kerana hatinya berasa kosong dan kesepian.
“Saya merupakan penagih dadah tegar, sering berasa halusinasi dan terpaksa
masuk ke pusat rawatan mental untuk pulih, sehinggalah seorang rakan Muslim
saya memberitahu bahawa dia ingin bersolat.
“Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya juga tahu tujuan
sebenar kita diciptaNya,’’ katanya.
Diam yang telah berkahwin lebih setahun lalu, kini bergelar ibu dan telah pulih
sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah.
Ditanya mengenai pemakaian hijab itu, Diam berkata dia tidak berasa kecil hati
apabila dikritik namun kecewa dengan pandangan steorotaip penduduk Perancis
terhadap wanita berhijab.
0 comments:
Post a Comment