Music

Padan muka - Lelaki didenda RM1,500 kerana tunjuk kemaluan kepada seorang pensyarah perempuan

Padan muka bagi seorang lelaki berpangkat pengawal keselamatan selepas didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang pensyarah perempuan. Orang macam ini memang patut dipecat dari jawatannya, sangat biadap dan tidak reti menghormati kaum wanita. Ikuti paparan berita tentang kelakuan lucah lelaki ini yang dipetik dari sinar harian.

AYER KEROH
 - Gara-gara berkelakuan lucah terhadap seorang pensyarah, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam. 


R Siva, 24, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Siva didapati menunjukkan kemaluannya untuk dilihat Mahfuza Jamaluddin, 28, di hadapan lif tingkat satu, Blok C, Hospital Melaka pada jam 3.50 petang, 25 September lalu.

Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam belanya, N Gunalan merayu diberikan hukuman rendah kerana mempunyai pendapatan kecil, selain perlu menanggung dua anak dan bapanya yang tua.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Ida Rahayu kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, ketika pengadu (mangsa) menunggu lif selepas mengadakan temu janji dengan doktor di Blok C, Hospital Melaka, dia terkejut apabila seorang pengawal keselamatan di situ menunjukkan kemaluan sebelum bertindak membuat laporan polis.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment