Music

Sukan - 'Masa Spurs sudah tiba'



ANDRÉ Villas-Boas (kiri) melepaskan perasaan yang dipendamnya sebaik Spurs berjaya menewaskan United 3-2 kelmarin.


MANCHESTER - Pengendali pasukan Tottenham Hotspur (Spurs), André Villas- Boas optimis dengan keheba- tan pasukannya sebaik melakar kemenangan bergaya 3-2 ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana England di Old Trafford awal pagi semalam.
Gol ledakan Jan Vertonghen, Gareth Bale dan Clint Dempsey menyaksikan Spurs melakar kemenangan pertama ke atas United di Old Traf- ford dalam tempoh 23 tahun selepas kali terakhir melakukannya pada 1989.
Gol-gol United pula dicetak oleh Nani dan Shinji Kagawa dalam perlawanan itu.
Biarpun dilihat memulakan kempen musim ini dengan agak perlahan sebelum ini, anak-anak buah Villas-Boas kembali bangkit melakar kemenangan ketiga berturut-turut sekali gus melonjak kedu- dukan di tangga kelima liga setakat ini.
"Kami benar-benar hebat kali ini. Pemain mempamerkan aksi yang cukup sempur- na serta begitu bersemangat memenangi perlawanan.
"Jika ia dijadikan ukuran, saya percaya kami mampu melakukan sesuatu musim ini," kata Villas-Boas.
Pada masa sama, Villas- Boas juga memuji kredibiliti Bale yang berjaya mempamerkan aksi luar biasa biarpun demam.
"Bale hanya berlatih sehari seminggu kerana sakit tekak dan demam, begitu juga dengan (Gylfi) Sigurdsson yang muntah-muntah," katanya.
Dalam pada itu, pengurus United, Alex Ferguson ternyata kecewa dengan keputu- san pengadil, Chris Foy yang tidak menganugerah sekurang-kurangnya dua sepakan penalti dalam perlawanan itu.
Meskipun tewas, beliau tetap memuji kesungguhan anak-anak buahnya yang berterusan melawan sehingga tamat perlawanan.
"Ada beberapa insiden yang sepatutnya diberikan penalti (oleh Foy).
"Selain itu, saya memuji kesungguhan pemain saya yang kembali menguasai bola pada babak kedua. Jika perlawanan masih panjang, tidak mustahil kami yang akan menang," kata Ferguson. - AFP
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment