Para pelajar diwajibkan mengikuti etika pemakaian yang telah
ditetapkan oleh pihak JPJ. JPJ telah mengeluarkan surat pekeliling supaya semua
calon hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur
negatif semasa mengikuti kursus, ujian undang-undang berkomputer, belajar
dan semasa ujian JPJ.
Oleh itu, para pelajar hendaklah mengikuti cara pemakaian tersebut
dibawah:
Lelaki:
- Memakai t-shirt berkolar atau kemeja. T-shirt berkolar bulat atau yang mempunyai motif negatif tidak dibenarkan.
- Memakai seluar panjang
- Memakai kasut bertutup penuh. Tidak dibenarkan memakai selipar
- Berambut pendek dan kemas (Tidak panjang)
- Aksesori seperti topi, subang, cermin mata hitam tidak dibenarkan .
Perempuan:
- Baju kurung, kemeja berlengan panjang bagi wanita bertudung dan t-shirt berkolar atau kemeja bagi wanita yang tidak bertudung.
- Seluar panjang atau skirt labuh bawah lutut.
- Kasut bertutup penuh. Sandle dan selipar tidak dibenarkan.
- Topi dan aksesori yang keterlaluan tidak dibenarkan.
0 comments:
Post a Comment