Bolehkah Nike dan Gucci bersatu? Kenapa waktu bercinta sebelum kahwin serasi, tidak mengapa, boleh terima pasangan masing2, tetapi setelah kahwin menjadi tidak serasi, tidak sefahaman, semua jadi tak boleh dan serba tak kena?
Kini anda sudah berkahwin, tak kiralah dulu waktu kahwin tu pilihan sendiri ke atau pilihan mak bapak, secara rela atau paksa. Walau sudah kahwin, hubungan anda dan pasangan anda biasa2 sahaja, walau masing2 sayang pada pasangan, kedua2nya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami isteri, ibu bapa, tetapi banyak benda yang anda tidak serasi dengannya seperti anda suka makan McD, si dia suka makanan melayu, anda suka Linkin Park, si dia suka Siti Nurhaliza, anda suka bermain game, si dia suka membaca novel cinta, anda suka tengok bola, si dia suka tengok Akademi Fantasia, anda suka tengok filem aksi, si dia suka tengok drama korea, anda suka Nike, si dia suka Gucci, menyebabkan anda takde apa nak dibualkan dengan pasangan anda dan anda lebih prefer berbual dan menghabiskan masa bersama rakan2 anda berbanding pasangan sendiri.
Tiba2 satu hari ditakdirkan anda terjumpa dengan seorang lelaki/perempuan lain samada bujang atau sudah berkahwin yang serasi dengan anda, sama2 minat benda yang sama, macam2 anda boleh bualkan, masing2 faham isi hati dan perasaan masing2, anda lebih senang meluahkan perasaan anda pada mereka dan akhirnya mungkin mencetuskan perasaan cinta.
Soalan aku, adakah korang akan tinggalkan pasangan anda dan berlaku curang hanya kerana anda sudah tidak serasi dengan pasangan anda dan telah menemui seseorang yang satu kepala dengan anda, yang memahami jiwa anda, yang sangat serasi dengan anda? Adakah anda tidak kisah mengecewakan hati seseorang yang paling dekat dengan anda? Adakah anda tidak kisah tentang masa depan anak2 anda sekiranya anda berpisah?
Ni aku jumpa kat sebuah chatbox di sebuah blog nasihat cinta, dah lama dah cuma aku tak berkesempatan nak tulis. Seorang wanita bujang bercinta dengan suami orang kerana merasakan diri "saling tertarik antara satu sama lain". Boleh jadi juga seorang isteri orang bercinta dengan suami orang atau lelaki bujang hanya kerana merasakan dirinya serasi dengan lelaki lain yang bukan suaminya.
Adakah cinta sesama manusia sebesar itu, sehingga sanggup kita membelakangkan suami/isteri hanya kerana CINTA? Adakah kuasa cinta itu begitu hebat sehingga melangkaui dosa pahala? Adakah cinta yang begitu suci hanya akan hadir dengan sendiri dan tak boleh dipaksa2. Pernahkah anda cuba letakkan diri anda di tempat pasangan anda dan cuba rasakan apakah perasaannya bila pasangan anda berlaku curang dan mencari cinta lain?
Kadang2 sebelum berkahwin pun ramai yang dah terlalu buta dengan cinta, terutama wanita. Ada yang sanggup bagi mahkota mereka kepada teman lelaki hanya ata nama cinta, tapi bila perut sudah membesar, si lelaki biasanya akan lari dan orang wanitalah yang menanggung sorang2.
Bagi yang sudah berkahwin pula, selagi suami atau isteri anda menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik, walaupun terdapat sedikit ketidakserasian dan kekurangan, tetapi perlukah kita mencari cinta lain lagi di luar? Tidak bolehkah kita cuba mencintai pasangan kita yang sah yang sudah banyak berkorban masa, wang dan tenaga demi membesarkan keluarga? Tidak bolehkah sama2 mencari penyelesaian sekiranya terdapat perselisihan faham dan berlainan pendapat?
Adakah dengan kita mencari cinta lain boleh menjamin yang cinta baru kita itu boleh menjadi lebih baik daripada pasangan yang ada sekarang? Sedangkan ada suami yang sanggup tinggalkan isterinya hanya kerana ada cinta yang baru, ataupun ada isteri yang mahu mintak cerai hanya kerana dia sudah ada cinta yang lain, sedangkan sekarang pun mereka sanggup buat demikian, adakah ada jaminan yang mereka tidak akan mengulanginya bila sudah bersama cinta yang baru?
Tahukah anda bercinta itu suatu benda yang sangat memenatkan, anda perlu korbankan banyak masa, wang ringgit dan tenaga. Tidak cukupkah bercinta hanya sekali, tak penatkah untuk mengulanginya buat kali kedua, kali ketiga dan seterus2nya?
Ada yang cakap cinta selepas kahwin lebih indah, ada yang kata sebelum berkahwin perlu bercinta dahulu agar dapat tahu perangai dan hati budi masing2. Walau apa pun anggapan orang, bagi aku cinta sangat mudah, tapi kita je yang berat2kan dan menjadikannya kompleks. Bila dah berumahtangga, selain CINTA, satu lagi komponen yang penting adalah TANGGUNGJAWAB. Masing2 perlu tahu tanggungjawab dan jalankan peranan masing2 sebagai suami, isteri, ibu dan bapa. Terimalah hakikat yang manusia itu berubah mengikut masa, tetapi janganlah sekali2 ubah cinta dan tanggungjawab anda.
Jangan sekali2 pudarkan perasaan cinta dan kasih sayang anda pada pasangan anda tak kiralah pasangan anda tak serasi ke, tak minat benda yang anda minat ke, berubah sifat atau bentuk fizikal ke, hargailah mereka sebagai seorang suami/isteri kepada anda, ibu/bapa kepada anak anda. Janganlah sesekali buat benda tidak elok dibelakang mereka, hari ini mungkin anda buat orang tetapi tidak mustahil suatu hari nanti benda itu akan terkena balik pada anda. Ingatilah, mendirikan rumahtangga dengan anda juga merupakan satu pengorbanan terbesar dalam hidup mereka, so hargailah ia dengan baik.
Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment