Tahukah anda bahawa tidur
mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja. Kurang
tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh
diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari
pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur
dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon
inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.
Masalah gangguan hormon
kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama
seminggu.
Tapi jangan pula menghabiskan
waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah
7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat
selama 5 jam saja.
Rupanya waktu tidur yang tidak
normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko
besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung anda
tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah
pertumbuhan organisme tubuh.
Sebagai contoh tidur boleh
menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune. Pada orang
dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang
tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir
dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur.
Amboi…bahaya tue.
=>Tanpa makanan, manusia boleh
hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh
bertahan selama 10 hari.
=>Mamalia yang paling lama
tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala
mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan
gajah Asia (3 jam lebih sikit).
=>Apabila Dolphin tidur, hanya
separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses
pernafasan.
=>Mengikut kajian pakar, 1
daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
=>Bermimpi adalah normal tidak
kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu
dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
=>Perkara yang berlaku ketika
tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan
hormon-hormon tertentu.
=>Selalunya 70% dari mimpi
seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan
manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
=>Selalunya kita hanya akan
bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih
ingat atau tidak.
=>Saat kita sedang tidur
nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang
paling rendah.
=>Saat kita sedang bermimpi,
otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita
sedang dalam keadaan sedar.
=>Banyak orang menderita
insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita
insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
=>Rata-rata orang bangun
sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
=>Suhu tubuh akan menurun
secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam
4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
=>Walaupun kita sedang
tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara
atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika
bayinya menangis.”
0 comments:
Post a Comment