Tips beli kereta terpakai. Membeli kereta terpakai merupakan pilihan alternatif kepada pengguna berbanding dengan membeli kereta baru kerana harganya yang lebih rendah. Hargakereta terpakai adalah 20 hingga 30 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan harga kereta baru. Kebiasaannya, kereta terpakai masih berada di dalam keadaan yang baik dan mempunyai perbatuan (mileage) rendah. Ini bermakna anda mampu memiliki kereta yang selesa pada kadar harga yang munasabah.
Walau bagaimanapun, membeli kereta terpakai bukan merupakan pilihan bagi semua pengguna. Biasanya pengalaman memiliki kereta yang terdahulu banyak memberi pengajaran kepada mereka sama ada untuk memilih kereta baru atau terpakai. Bagi mengurangkan risiko, beberapa langkah boleh diambil sekiranya ingin membeli kereta terpakai.
Di bawah ini ialah Tip Membeli Kereta Terpakai:
- Periksa pedal/pencekam kaki dan brek. Jika pedal kaki telah haus, ia menunjukkan kereta tersebut telah mencapai tahap perjalanan yang tinggi. Sekiranya pedal brek telah haus, ini menandakan kereta tersebut telah dipandu di kawasan bandar.
- Lihat sama ada terdapat kesan cat yang masih baru atau warna cat yang berbeza pada panel badan. Jika ada, kemungkinan ia adalah bahagian badan rosak, yang telah dibaiki dan ditutup cat yang baru.
- Periksa bacaan odometer. Nombor yang tidak tersusun menunjukkan odometer tersebut telah diputar semula. Ingat, perbatuan (mileage) yang tinggi bukanlah satu perkara yang tidak baik jika kereta tersebut masih lagi berada dalam keadaan yang elok.
- Lihat pintalan pendawaian yang terdapat di dalam hud kereta. Periksa juga hos-hos (hoses) untuk memastikan sama ada ianya telah merekah atau dimamah cuaca (weathered). Ini boleh menunjukkan kereta tersebut sudah lama dan tidak lagi berada dalam keadaan yang baik.
- Lihat sekiranya terdapat kebocoran minyak di atas tanah dan juga di dalam bahagian enjin. Ini adalah petanda masalah motor.
- Periksa jika ekzos rapuh atau berkarat. Ianya akan berubah menjadi hitam di mana tempat kebocoran berlaku.
- Lihat kebotakan dan rekahan pada bahagian muka dan bahagian tepi tayar. Tayar yang telah haus pada sebelah bahagian sahaja menunjukkan penjajaran (aligment) yang tidak seimbang.
- Pintu sepatutnya berada dalam keadaan baik apabila anda membuka dan menutupnya. Lihat penggunaan getah di sekeliling pintu-pintu tersebut. Periksa tingkap dan kunci. Sekiranya kesemua ini tidak berfungsi dengan baik, pemilik kereta tersebut sebelum ini tidak membuat penjagaan yang rapi.
- Dapatkan Nombor Identifikasi Kenderaan (Vehicle Identification Number) dan lakukan beberapa kajian dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di mana anda boleh memeriksa harga, membuat carian hakmilik dan sejarah kenderaan tersebut.
- Cari mekanik yang boleh dipercayai ataupun mereka yang berpengetahuan dalam bidang mekanikal untuk bersama-sama anda ketika membuat pembelian kereta tersebut.
Sumber: New Straits Times 4/9/2008
0 comments:
Post a Comment