Music

Tegur bini susu bayi, bini rajuk lari !


PECK CHING (kanan)  dan Jie Yong menghilangkan diri sejak dua minggu lalu. 


JOHOR BAHRU -  Seorang suami tidak menyangka tindakannya menegur isterinya   menyebabkan wanita tersebut menghilangkan diri bersama anak tunggal mereka sejak dua minggu lalu.


Ng Bon Hua, 26, kini runsing memikirkan nasib  isterinya, Chew Peck Ching, 26, dan anaknya yang berusia lapan bulan, Ng Jie Yong, setelah semua usaha mencari mereka menemui jalan buntu.


“Sejak berkahwin pada Ogos tahun lalu, kami tidak pernah menghadapi sebarang masalah rumah tangga yang serius.


“Pada hari kehilangannya 9 September lalu, saya berpesan supaya dia menjaga diri kerana saya  pulang lewat daripada  menguruskan pusat kesihatan milik saya,” katanya ketika ditemui di Pusat Aduan Rakyat di Taman Maju di sini semalam.


Bon Hua berkata, apabila dia pulang ke rumah,  isteri dan anaknya telah meninggalkan rumah mereka  di sini dan MyKid milik Jie Yong juga telah tiada.


Ceritanya lagi,  beberapa hari sebelum kejadian, dia menegur dan melarang  Peck Ching memberikan susu badan kepada bayi mereka memandangkan wanita itu seorang perokok.


“Ketika itu dia hanya mendiamkan diri  tetapi saya dapat rasakan dia merajuk ekoran  teguran tersebut. Bagaimanapun saya tidak menyangka dia akan bertindak  keluar dari rumah,” katanya.


Bon Hua  berharap isteri dan anak kembali ke pangkuannya secepat mungkin  dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubunginya di talian 07-699 3537
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment