Music

Shila terima dana hampir RM5 juta

Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah menerima hadiah bernilai RM5 juta, termasuk dana bagi mengembangkan kerjaya seninya peringkat antarabangsa, berikutan kejayaan memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave, malam kelmarin.
Berentap tiga kali Pada pentas akhir pertandingan itu yang berlangsung di Stadium Baoshan, Shanghai, China, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu itu terpaksa berentap sebanyak tiga kali, masing-masing dengan peserta dari Thailand dan dua peserta tuan rumah. 

Ketika dihubungi semalam, Shila, 22, yang mempertaruhkan lagu Gemilang (dendangan asal Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan lagu Mandarin, Zheng Fu (Na Ying) berkata, secara keseluruhannya dia perlu bersaing dengan sembilan peserta dari Asia.

Pencapaian tertinggi

Ditemani ibu bapa, ND Lala dan Fauziah Sarman, serta orang kuat PRISM, Ong Peng Chu, sepanjang berada di sana, Shila menyifatkan kejayaan itu pencapaian tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya.

“Alhamdulillah atas rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang berharga ini, juga kepada ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu menyokong karier saya. Tak ketinggalan buat Shilalas (kelab peminat Shila) kerana tak henti-henti mendoakan terbaik. 

“Saya amat gementar untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final, tetapi saya sentiasa terapkan semangat melakukan yang terbaik demi Malaysia tercinta,” katanya yang mendapat sokongan moral daripada kekasih, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menerusi persaingan pertama, Shila memperoleh lima undian tanpa balas, manakala untuk persaingan kedua dia menerima lima undian berbalas dua. Pada persaingan terakhir Top 3, Shila mendapat sembilan undian penuh.

“Pada dasarnya peserta yang berentap dengan saya datang daripada latar belakang muzik berbeza. Semuanya cukup luar biasa dan popular di negara masing-masing. 

“Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah, saya sendiri baru tahu lagu Zheng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini,” katanya.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment