Imam
Masjid Di Singapura Dibayar 12 Dolar Untuk Sekali Solat =D
Khususnya,
imam-imam yang dilantik oleh jabatan agama di setiap negeri di Malaysia akan
dibayar elaun mereka seperti yang telah diperuntukkan..Walaubagaimana pun,
elaun imam serta ahli jawatankuasa masjid atau surau akan diterima pada setiap
bulan dalam jumlah tertentu, tetapi di Singapura, para imam masjid di sana akan
dibayar 12 Singapore Dolar untuk sekali solat..Haa, kalau nak tahu dengan lebih
lanjut, meh baca kat bawah ni..
SIAPA
yang tak kenal dengan Orchard Road? Inilah jalan raya yang menjadi ikon
Singapura. Di kiri dan kanan jalan sepanjang 2.2 km itu berdirinya pusat
membeli-belah yang besar dengan barang-barang mewah berserta hotel-hotel 5
bintang.
Kedai
menjual barangan jenama mewah di dunia seperti Prada, Hermes, Rolex, Tommy
Hilfiger, Louis Vuitton, Emporio Armani, dan sebagainya bertebaran di sepanjang
jalan raya sehala yang tidak pernah tidur ini.
Wanita-wanita
muda dengan pakaian moden bahkan seksi sering lalu-lalang di jalan ini,
lazimnya pada setiap akhir bulan. Tentu sahaja ia menjadi tempat yang menarik
untuk menghabiskan masa.
Namun
di tengah Orchard Road ini, terdapat satu masjid yang menarik dikenali sebagai
Masjid Al Falah (Al Falah Mosque). Masjid ini umpama oasis yang wujud di tengah
kemewahan Orchard Road.Masjid ini terletak berdekatan dengan gedung Somerset,
Cairnhill Place, di Bideford Road No 15.
Sekiranya
anda berada di belakang Hotel Grand Park Orchard, anda hanya perlu berjalan
sekitar 30 meter dari Jalan Raya Orchard yang sibuk. Papan petunjuk menuju ke
Al Falah Mosque sebenarnya ada di persimpangan Orchard Road-Bideford Road.
Walaubagaimana
pun, papan putih itu kurang menonjol sehingga hampir tidak kelihatan. Bagi
pelancong Malaysia dan Indonesia yang membeli-belah di Orchard Road, para
pemandu pelancong sering menunjukkan masjid ini sebagai tempat untuk solat.
"Masjid
ini selalu penuh pada waktu solat Zohor dan Asar. Kebanyakkannya, terdapat
ramai orang Indonesia yang solat di sini," kata Ustaz Muhamad Sahid (21)
selesai sahaja mengimamkan solat Maghrib, kepada sejumlah wartawan Indonesia
yang diundang Telkomsel ke Singapura, akhir bulan lalu.
Ustaz
Sahid merupakan salah seorang imam yang bertugas di masjid ini. Beliau dibantu
oleh pembantunya, Ustaz Muhamad Fauzi (25), dalam menjalankan tugasnya.
Biasanya, jika Sahid menjadi imam, Fauzi akan menjadi bilalnya. Jika Sahid
tidak dapat hadir, Fauzi yang akan menggantikannya sebagai imam solat.
Sahid
dan Fauzi adalah warganegara Singapura. Mereka merupakan orang Melayu yang
lahir dan membesar di negera singa itu.
Menurut
Sahid, jika pada waktu subuh, ada juga yang datang untuk solat di masjid ini.
Lazimnya, mereka adalah petugas-petugas sekuriti yang bertugas di pusat
membeli-belah di sekitar masjid.
Pada
waktu solat Zohor dan Asar, lebih banyak pekerja di pejabat dan pusat
membeli-belah di sekitar Orchard Road akan solat di sana.
Ruang
wuduk masjid ini tidak lah terlalu besar, tetapi bersih. Di tempat wuduk masjid
itu, terletaknya sabun cair yang membolehkan sebelum berwuduk, anda boleh
mencuci tangan terlebih dahulu dengan sabun.
Tempat
air minum juga disediakan di masjid tersebut. Pengunjung yang kehausan akan
dapat menikmati air yang sejuk dan menyegarkan.
Bagi
orang Islam Indonesia dan Malaysia, tempat ini boleh menjadi kawasan untuk
beristirahat sejenak, bahkan boleh menjadi tempat untuk menghilangkan dahaga.
Bagi mereka yang mengembara, mengisi air minum dari masjid ini merupakan salah
strategi penjimatan kerana perlu diingatkan bahawa sebotol air mineral di
Orchard Road Mampu mencapai harga 1 dolar (RM2.50), bahkan lebih.
Masjid
Al Falah bukanlah sekadar masjid tempat persinggahan untuk mereka yang penat
berbelanja atau mencuci mata di Orchard Road. Masjid ini memiliki banyak
kegiatan, seperti kursus bahasa Arab, tajwid, bacaan Al-quran, bimbingan
haji-umrah, dan kursus persiapan pernikahan.
Jika
pada hari Jumaat, akan ada kuliah agama selesai sahaja solat Jumaat.
Kursus-kursus tersebut ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.
Sebagai
contoh, kursus tentang pernikahan yang akan diadakan pada 29-30 September akan
datang dikenakan tarif 130 dolar Singapura (Singapore Dolar/SGD) untuk seorang.
Terdapat
ruang-ruang kelas dalam masjid dengan ukuran yang tidak terlalu besar untuk
kursus tersebut. Pembimbingnya adalah ustad-ustad yang dijemput dari luar.
Masjid ini mempunyai tujuh orang imam yang bertugas secara bergilir-gilir dalam
memimpin solat. Dari tujuh orang itu, salah seorang daripadanya adalah ketua
imam, iaitu Ustad Yusuf Abdulrahim.
Pada
solat Subuh, akan ada dua imam yang bertugas (satu imam, satu bilal), Solat
Zohor dan Asar akan ada dua imam, serta Isya' dan Maghrib akan ada dua imam.
Pada solat Zohor dan Asar biasanya solat akan diimamkan oleh Ketua Imam.
Sahid,
yang baru berusia 21 tahun, bertugas memimpin solat Maghrib dan Isya' pada
malam minggu itu. Pada hari-hari yang lain sekitar pukul 7.00 pagi hingga 5.00
petang, beliau akan bertugas sebagai pengajar tahfiz Al-Quran di Masjid Darul
Iman di kawasan Geylang, Singapura.
Ustad
Sahid mendalami ilmu agama Islam di salah sebuah sekolah pondok di Kelantan,
Malaysia. Dalam bertugas sebagai imam bagi solat wajib, Ustad Sahid akan
dibayar 12 SGD untuk sekali solat pada waktu berkerja iaitu hari Isnin hingga
Jumaat.
Sedangkan
pada waktu hari minggu iaitu hati Sabtu dan Ahad, beliau akan menerima bayaran
15 SGD untuk sekali solat. Jadi, sekiranya beliau bertugas menjadi imam solat
Maghrib dan Isya' pada hari minggu, beliau boleh mendapat bayaran 60 SGD (lebih
kurang RM 150).
Walaubagaimana
pun, bilal yang bertugas pada hari bekerja akan dibayar 8 SGD sekali solat dan
hari minggu 10 SGD sekali solat. Ustad Fauzi, pada waktu ditemui wartawan malam
minggu itu bertugas sebagai bilal Maghrib dan Isya', akan menerima bayaran
sebanyak 40 SGD (sekitar RM 100 ).
Menurut
Sahid, pemerintah Singapura tidak terlalu mencampuri urusan agama di negeri
ini. Beliau mengaku menerima gaji dari pihak pengurusan masjid, sedangkan
Majlis Ulama Islam Singapura (MUIS) memberikan bantuan operasi sebanyak 12
peratus daripada dana yang dimiliki masjid tersebut.
Di
Singapura, menurutnya, ada 114 masjid dan penganut agama Islam juga semakin
bertambah.
"Ramai
orang Tionghua di Singapura yang mula berminat untuk memeluk Islam. Mereka juga
banyak belajar mengenai Islam di masjid ini," ujarnya.
Pada
waktu ini Singapura mempunyai penduduk sekitar 5 juta orang dengan 75 peratus
warganya adalah keturunan Tionghua. Agama Islam kini menjadi agama kedua
terbesar selepas agama Buddha.
Sumber:
TribunNews.com
0 comments:
Post a Comment