Inilah realitinya, Bukan satu atau dua lokasi di negara ini malahan banyak di sana sini . Ia semakin menjadi-jadi kerana lokasinya yang strategik dan dilakukan tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
Berita ini dimuatkan di muka depan Metro Sabtu, kira suratkhabar semalam. Tapi isu ini bukan sahaja tidak berakhir semalam malahan kita sendiri tak tau bila ia akan tamat sebenarnya.Dengan hanya bayaran serendah RM160 bagi pelacur Vietnam sesiapa sahaja boleh mendapatkan khidmat seks di sebuah premis di ibu kota Kuala Lumpur.
Bukan sahaja seks, pakej menghampiri zina jua disediakan dari mandian buih, urutan badan ke badan, urutan sejuk dan panas serta hubungan seks. Jangan pula bila saya sudah poskan artikel ini anda cari pulak lokasinya di mana?
Itulah masalahnya, kita sering menyalahkan kerajaan gagal menghalang atau penguatkuasa gagal menjalankan tugas dalam mengekang industri ini daripada berleluasa. Ada tak usaha daripada kita untuk mengekang terus permintaan terhadap perkara-perkara ini.
Maksud saya, sebagai umat Islam kita sedar bahawa perkara ini diharamkan oleh agama kita. Kita membacanya melalui Al-Quran dan mengetahuinya, lainlah yang tidak selalu membaca tu. Oleh itu, kenapa kita sendiri tak menghalang diri kita dari melakukan perkara itu daripada menyalahkan kerajaan.
Bukannya pihak berkuasa seperti Jawi atau Jais tidak melakukan pemeriksaan. Anda periksa tidak ke mana anak anda atau suami anda berada pada waktu lewat malam. Adakah sesekali anda memeriksa mereka ada di mana?? Perkara ini juga penting kerana kita dituntut memelihara kita dan keluarga daripada api neraka.
Apapun kita ucapkan syabas kepada Polis di-Raja Malaysia (PDRM) kerana melakukan serbuan sebaik menerima aduan dan maklumat daripada Harian Metro. Macam inilah baru dinamakan penguatkuasa.
Oleh itu, kita bersama-samalah menjaga diri kita dan keluarga daripada dosa. Kerajaan kita fikirkanlah bagaimana cara untuk kita kurangkan perkara ini. Kalau boleh, hapuskan terus.
0 comments:
Post a Comment