BATU PAHAT – Penduduk Kampung Parit Sempadan, Parit Raja di
sini gempar pagi semalam dengan penemuan satu objek misteri yang dikafan
seperti pocong di sebatang jalan menghala ke rumah seorang penduduk di situ.
Objek sepanjang 15 sentimeter itu ditemui oleh seorang
penduduk kampung yang berjalan kaki menghantar anaknya untuk belajar mengaji
kira-kira pukul 8.30 pagi.
Seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai
Haji Mat memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan objek misteri
itu, dia bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, ia dibungkus dengan kain putih dan diikat seperti
jenazah sebelum diletakkan di pangkal pokok yang terletak hanya kira-kira 50
meter dari rumahnya.
Di sebalik penemuan itu, dia percaya ada kemungkinan
perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mengugut
keluarganya.
“Saya berdebar-debar apabila melihat objek berbentuk pocong
itu kerana percaya ia adalah amaran kepada keluarga saya,” katanya ketika
ditemui di rumahnya di sini semalam.
Haji Mat memberitahu, kejadian pelik itu adalah yang pertama
kali ke atas keluarganya sejak menetap di kampung itu pada tahun 1973.
0 comments:
Post a Comment