1) Pastikan Jenis Lesen Yang Mahu Diambil
Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dulu
umur anda sekarang sudah mencapai had kelayakan untuk mengambil lesen atau
belum. Had umur untuk lesen motorsikal ialah 16 tahun manakala kereta ialah 17
tahun.
Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:
i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.
3) Meghadiri kursus K.P.P. 5 jam
i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.
3) Meghadiri kursus K.P.P. 5 jam
Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus K.P.P.
ini. Biasanya kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang.
Pastikan anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang
dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah laku
selama 1 tahun.
4) Ujian Undang-Undang Berkomputer
4) Ujian Undang-Undang Berkomputer
Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda
dibolehkan untuk menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian
berdekatan dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu
mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki kelas Pra L.
Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk mendudukinya
semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda diberikan sijil keputusan.
Sijil ini sah laku selama 1 tahun.
5) Menghadiri Kursus Pra L – Teori 3 Jam dan Amali 3 Jam
5) Menghadiri Kursus Pra L – Teori 3 Jam dan Amali 3 Jam
Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan
sijil JPJL2B. Dengan ini akan dapat Lesen L kira-kira seminggu selepas tarikh
anda menghadiri kursus ini.
6) Belajar Memandu Kereta Atau Motorsikal
6) Belajar Memandu Kereta Atau Motorsikal
Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal
memandu. Untuk L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara
berseorangan. L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang
mempunyai sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas
atau 8 – 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar
lebih dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda
akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan
raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut
memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side parking,
3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan raya
anda akan diajar di jalan raya sebenar.
8) Ujian Pra Atau Q.T.I
8) Ujian Pra Atau Q.T.I
Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk
menduduki ujian praktikal J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di
institut memandu. Penguji-penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap
pemanduan anda. Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau
2 kelas lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh
ujian praktikal JPJ.
9) Ujian Praktikal J.P.J
9) Ujian Praktikal J.P.J
Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar oleh pihak JPJ.
Terdapat 2 bahagian iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya
bagi membolehkan anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan
dikenakan caj tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi
belajar memandu.
10) Lesen P
10) Lesen P
Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan
butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda :
i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)
i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)
Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan
mendapat lesen P tersebut.
0 comments:
Post a Comment