Calon Yang Masih Tiada Apa Apa Lesen
1. Ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)
Anda boleh mendaftar untuk masuk ke Kelas Ceramah KPP pada hari
sabtu dan ahad sahaja.
2. Ujian Undang Undang Berkomputer
Calon yang telah menduduki kelas ceramah KPP boleh memilih
tarikh dan tempat yang sesuai untuk melakukan ujian undang undang berkomputer.
Operasi Ujian Undang Undang Berkomputer dilakukan di luar primis
Insitut Memandu dan dikelolakan oleh pihak mySpeed.
Calon boleh masuk ke kelas Teori 3 jam setelah lulus Ujian
Undang Undang Berkomputer.
3. Kelas Teori 3 Jam
Bagi calon yang ingin mengambil lesen Motosikal, anda boleh
masuk ke kelas Motor dan Bagi calon yang ingin mendapatkan lesen Kereta sila
boleh masuk ke kelas Kereta. Jika anda ingin mengambil kedua dua lesen ( B2 dan
D). anda perlu hadir kedua dua kelas Teori Motor dan Teori Kereta pada hari
berlainan.
4. Kelas Amali / Praktikal 3 Jam
Latihan Praktikal 3 Jam bagi lesen Motosikal di buat di litar
motosikal manakala latihan praktikal 3 jam untuk lesen Kereta di buat di litar
.
5. Lesen L
Setelah calon menamatkan latihan 3 jam bagi motosikal dan atau
kereta, borang latihan yang siap ditandatangan oleh jurulatih dan calon
perlulah dihantar ke pejabat untuk proses pengeluaran lesen L .
Terdapat dua tarikh yang perlu calon perhatikan pada lesen L
iaitu Tempoh lesen dan Bahagian 1 . Tempoh Lesen menunjukkan tarikh sah lesen
selama 3 bulan. Sekiranya calon masih belum tamat belajar dalam tempoh
tersebut, maka calon perlulah sambung tarikh sah lesen sebelum meneruskan
pembelajaran. Manakala Bahagian 1 pula menunjukkan tarikh sah Ujian Undang
Undang. Maknanya, dalam tempoh 2 tahun, calon perlu mendapatkan Lesen P.
Jika calon gagal untuk mendapatkan lesen P dalam tempoh tersebut maka calon
perlu menghadiri kelas KPP dari awal dengan bayaran yang baru.
6. Latihan 10 Jam ( termasuk 2 jam pra ujian )
7. Tempah Tarikh Ujian dan buat bayaran baki
8. Periksa nama sehari sebelum ujian
9. Uji dengan Pegawai Penguji JPJ
10. Buat Lesen
Calon yang mempunyai lesen B2 atau D
Sila abaikan no 1 dan no 2, lain lain proses adalah sama
0 comments:
Post a Comment