Keistimewaan NUFFNANG ada banyak.
KEISTIMEWAAN NUFFNANG YANG PERTAMA: Iklan yang menarik & cantik..
- Korang sendiri perasan kot, iklan-iklan Nuffnang semuanya berwarna-warni. Kadang-kadang siap ada effect flash lagi tu. Hehehe, kalau nak bandingkan dengan ads lain macam AdsNiaga...rasanya Nuffnang jauh lebih kreatif. Dan disebabkan kecantikan iklan Nuffnang inilah ianya menjadi pilihan ramai blogger kerana sesuai diletakkan di mana-mana blog sekalipun. Blog yang buruk pun boleh jadi cun bila pasang iklan Nuffnang ni. Tak percaya? Cubalah..
KEISTIMEWAAN NUFFNANG KE DUA: Potensi earnings yang lebih tinggi
- Ehem,percaya tak dengan point aku kali ni? Takpe biar aku explain sikit ye. Nuffnang merupakan syarikat pengiklanan yang bertapak di Malaysia ini jadi segala urusan pembayaran dapat dilakukan dengan cepat tanpa sebarang masalah kerana setiap cash out di buat dalam matawang Ringgit Malaysia dan bukannya USD seperti ads lain. Tambahan pula, Nuffnang juga mempunyai adik yang bernama CHURP-CHURP yang mampu melipat gandakan pendapatan online para Nuffnangers itu sendiri.
KEISTIMEWAAN NUFFNANG YANG KE TIGA: Mudah pasang dan di buang
- Korang hanya perlu copy dan paste sahaja code yang diberi dalam blog korang untuk memasang iklan Nuffnang nie. Kalau rasa dah muak dan jemu, nak buang pon senang je. Lagipun korang nak letak Nuffnang ni kat bahagian mana-mana dalam blog korang pon tak kisah,takde siapa nak marah.
KEISTIMEWAAN NUFFNANG YANG KE EMPAT: Status keahlian Glitterati
- Setiap Nuffnangers yang setia dengan Nuffnang tanpa menduakannya dengan memasang iklan pesaing Nuffnang di dalam blog, mereka akan diberikan status Glitterati. Dengan status ni, macam-macam faedah yang mereka akan dapat antaranya layak untuk menyertai sebarang events anjuran Nuffnang dan juga boleh menyertai pertandingan/contest Nuffnang yang menyediakan hadiah menarik. Glitterati juga boleh meng-ping entri blog mereka kat INNIT yang mempunyai PR (pagerank) yang tinggi.
KEISTIMEWAAN NUFFNANG YANG KE LIMA: staff yang cantik dan mesra
- Point last ni merupakan fakta paling benar dalam entri ni ye, bukan sekadar bodek semata-mata. Kalau Nuffnangers mempunyai sebarang masalah dan ingin mengajukan persoalan, mereka akan dapat jawapan kepada kemusykilan tersebut dalam masa yang singkat sahaja iaitu tidak lebih daripada seminggu. Kan best macam tu, takde la buat kita tertunggu-tunggu kan?
0 comments:
Post a Comment