Pisau
lipat yang ditemui dalam sambal tumis.
KULIM
– Seorang pekerja industri, Mohd Ridzuan Abdul Manaf 31, terkejut apabila
mendapati terdapat pisau lipat dalam sambal ikan bilis yang dihidangkan di
kantin kilang tempat dia bekerja.
Katanya,
dia kemudiannya memaklumkan kecuaian dilaporkan kepada pengusaha kantin, tetapi
ia tidak diendahkan sebaliknya pekerja kantin hanya membuang pisau itu sahaja,
manakala sambal ikan bilis itu dijual semula.
“Cuba
bayangkan kalau ada dia ntara pekerja kilang ini yang tertelan atau tergigit
pisau itu, mereka pastinya akan mengalami kecederaan parah. Saya kesal masalah
seperti ini tidak diendahkan semata-mata kami hanya pekerja kilang dan
berpangkat rendah.
“Saya
bersama beberapa rakan sekerja memaklumkan kejadian itu kepada pihak Sumber
Manusia kilang, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.
“Kami
kecewa kerana sebelum ini, pengusaha kantin tidak menitik berat tentang
kebersihan ketika menyediakan makanan bagi pekerja kilang seperti kami,” katanya.
Mangsa
ditemui di pejabat Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan
Hashim.
Mohd
Zailan berkata, beliau meminta persatuan pengguna mengambil tindakan terhadap
pengusaha kantin terlibat, kerana ia membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja
kilang.
Menurutnya,
beliau sudah menghubungi Pejabat Sumber Manusia kilang terlibat dan meminta
masalah itu disiasat.
Sekiranya
enggan berbuat demikian, Persatuan Pengguna akan membuat laporan kepada
Kementerian Kesihatan dan membuat pemeriksaan mengejut terhadap penyediaan
makanan di kilang itu.
“Pisau
dalam makanan bukan satu perkara yang harus dipandang remeh. Kita tidak boleh
mengetepikan keselamatan pekerja biasa yang bukan terdiri dalam kalangan
kakitangan berjawatan tinggi,” katanya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment