Assalamualaikum w.b.t & salam mesra pembaca setia ~
Islam itu mudah. Sentiasa akan ada jalan bagi memudahkan umatnya. Dalam hal jamak dan qasar ini, banyak pendapat-pendapat berbeza di antara ulama' muktabar. Namun begitu kita akan berpegang kepada manhaj bahawa selagi ianya tidak bertentangan dengan syari’at, maka kita seharus sedaya upaya untuk memberikan pendapat yang lebih mendatangkan kemudahan kepada umat Islam. Manhaj ini sebenarnya adalah manhaj Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dijelaskan oleh Umm al-Mukminun ‘Aishah ra:
Tidaklah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa.- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, hadis no. 6786.Maka perlunya kita mengambil pandangan yang benar dan sahih serta diyakini bagi memberikan kemudahan kepada seluruh umat Islam.
SOLAT JAMAK DAN QASAR
Sembahyang qasar
- memendekkan sembahyang yang empat rakaat menjadi dua rakaat ketika dalam perjalanan (safar). Sembahyang yang boleh diqasarkan adalah sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak.
Sembahyang jamak
- mengumpulkan dua sembahyang dalam satu waktu. Contohnya mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam satu waktu ataupun Maghrib dan Isyak dalam satu waktu.
- 2 jenis : Jamak Taqdim dan Jamak Ta'khir
Solat Jamak dan Qasar ini merupakan sedekah atau hadiah daripada Allah kepada musafir. Namun kita di Malaysia, rukhsah (kelonggaran) yang diberikan ini diabaikan. Antara persoalan tentang Jamak dan Qasar:
1. Hukumnya adalah sunat. Lebih afdhal jika solat penuh
2. Jarak perjalanan mestilah mencecah 2 marhala
3. Meletakkan tempoh masa menetap di sesuatu kawasan
4. Perlu berniat mengikut formulasi niat tertentu
Berikut persoalan-persoalan yang sering bermain di fikiran umat Islam di Malaysia sehingga mengabaikan sedekah Allah. Oleh yang demikian, bagi menjawab segala persoalan yang sedang ligat berputar di kotak fikiran anda-anda semua, bahan rujukan ini sesuai untuk anda baca dan fahami. Seluruh jawapan bagi persoalan di atas bakal terjawab. Bacaan ini bertajuk SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR ADALAH SEDEKAH ALLAH oleh Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus. Hujah dalam penulisannya juga kuat dan bernas. Bacaan berikut saya sarankan sebagai ilmu yang berguna kepada kita semua.
0 comments:
Post a Comment