TOKYO - Syarikat pengeluar barangan elektrik, Sony Corp. memperkenalkan gajet permainan videonya iaitu PlayStation 3 (PS3) yang lebih kecil, nipis dan ringan menjelang cuti akhir tahun nanti.
Langkah itu dilakukan sebagai persediaan untuk menangani saingan yang semakin sengit daripada telefon pintar.
Pengumuman itu dibuat semalam, sehari sebelum menjelang acara tahunan Tokyo Game Show yang akan dihadiri oleh pencipta-pencipta permainan video bersama produk masing-masing.
Model terbaharu PS3 itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan sebuah komputer riba dan separuh lebih kecil berbanding saiz model asal yang diperkenalkan pada tahun 2006.
Model terbaharu itu ditawarkan dengan dua pilihan cakera keras dalaman lebih besar iaitu 500 gigabit dan 250 gigabit berbanding model sedia ada iaitu 320 dan 160 gigabit.
Pelancaran global akan bermula pada 25 September di Amerika Utara menerusi versi PS3 yang memiliki kapasiti cakera dalaman 250 gigabait. Gajet itu dijual pada harga AS$269 (RM823) seunit. - AP
yeeaaaaaa gaming timeeeee
ReplyDelete