Harga Minyak RON97 Naik Lagi 30sen Secara “Diam-diam” Menjadi RM3.00 Ketika Ini!!
Jikalau harga minyak diturunkan rakyat Malaysia begitu mudah sekali mendapat berita pengumuman ini. Tidak kira yang tinggal di bandar malahan yang tinggal di ceruk bumi Malaysia pasti akan sediaa maklum dengan berita pengumuman penurunan harga minyak. Lain pula ceritanya apabila harga minyak dinaikkan bermula semalam yang melibatkan RON97 apabila harga minyak RON97 naik secara “diam-diam” oleh kerajaan. Apa sebabnya? Kejutan untuk rakyat Malaysia?
Berapa banyak?
Bukan 10 sen, bukan 20 sen tetapi 30 sen untuk sekali kenaikan. Ia merupakan kenaikan yang kedua untuk tempoh satu bulan terakhir ini.
Rekod Harga Minyak Tahun 2012 Jenis RON97
- 5 April 2012 – RM2.90 290 (naik 10 sen).
- 7 Jun 2012 – RM2.80 (turun 10 sen)
- 5 Jul 2012 – RM2.60 (turun lagi 20sen)
- 24 Ogos 2012 – RM2.70 (naik 10 sen)
- TERKINI : 6 September 2012 – RM3.00 (Naik lagi 30 sen)
Hati kecil kami kuat mengatakan, akan ada beberapa siri kenaikanharga minyak selepas ini dan apabila semakin dekatnya bahangPilihanraya Umum ke 13 nanti, insyaallah akan ada pengumuman yang agak drastik bagi penurunan harga minyak di Malaysia. Mungkin?
Kalau selepas ini anda yang biasa menggunakan minyak RON97, apabila anda angkat picu atau ’nozzle’ terpandang nilai kenaikan melibatkan harga minyak secara “tiba’tiba” janganlah terkejut kerana trend seperti akan kerapkali berlaku selepas ini. Mungkin? Selepas apa yang berlaku baru-baru ini…
sumber : http://beritasemasa.com
sumber : http://beritasemasa.com
0 comments:
Post a Comment