Music

Top 5 Blogger Malaysia Tahun 2012



Blog di Malaysia semakin bertambah setiap hari. Ramai orang yang telahpun mempunyai sekurang-kurangnya sebuah blog sama ada menggunakan domain percuma daripada blogspot, wordpress ataupun menggunakan domain berbayar seperti dot com, dot my dan sebagainya.

Perkembangan ini mendatangkan banyak kesan dan kepelbagaian dalam niche blogging membuatkan dunia blogosphere semakin meriah dan menarik. Kali ni aku mahu kongsikan Top 5 Blogger Malaysia Tahun 2012 pada pandangan peribadi aku sendiri. Berikut merupakan senarainya:


TOP 5 BLOGGER MALAYSIA TAHUN 2012

Top 5 Blog di Malaysia ni aku susun mengikut urutan bermula daripada tempat ke-5. Jom kita tengok blog siapakah yang tersenarai dalam top 5 ni.

Tempat ke 5: Blog Denaihati



Ulasan: Blog denaihati ni merupakan sebuah blog yang terkenal di negara kita kerana program intensif tunai yang memberi peluang kepada blogger lain menjana pendapatan sampingan. Selain itu, blog denaihati juga sama seperti blog lain yang menceritakan pelbagai kisah kehidupan serta ilmu SEO blog.


Tempat ke 4: Blog Fatin Liyana


Ulasan: Blog Fatin Liyana (FL) lebih menumpukan kepada perkongsian  pengalaman FL sendiri seperti melancong ke Korea. Sebelum ni FL juga banyak menulis tentang halatuju selepas SPM memandangkan beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di Indonesia dalam jurusan medik.


Tempat ke 3: Blog Amanz



Ulasan: Blog Amanz kira blog wajib singgah setiap hari terutamanya bagi mereka-mereka yang dahaga kan informasi dalam dunia teknologi dalam bahasa melayu. Blog amanz memang terbaik dalam bab ni sebab lebih daripada 3 post ilmiah berkaitan komputer dan teknologi dipost disini dalam masa sehari. Perghh...


Tempat ke 2: Blog Sokernet



Ulasan: Inginkan ulasan bola sepak yang jujur tanpa sebarang rasuah? Blog Sokernet adalah tempatnya. Di sini terdapat ramai penulis yang pakar dalam hal ehwal bola sepak dunia terutamanya EPL yang menulis dengan penuh semangat patriotik. Paling penting sekali, penulis blogserius yang bernama Obefiend juga merupakan salah seorang team penulis Sokernet.


Rasanya cukuplah semua senarai Top Blog Malaysia 2012 pilihan aku. Semua blog yang tersenarai di atas memiliki kualiti serta kekuatan mereka yang tersendiri. Sebenarnya banyak lagi blog diluar sana yang jauh lebih baik daripada apa yang pernah kita semua jumpa dan baca, cuma mereka tidak menonjolkan diri kerana lebih selesa dalam mood underground.

Oh ya, untuk Tempat Pertama dalam senarai Top 5 Blogger Malaysia Tahun 2012 ni aku memang sengaja tak letak. Kenapa? Sebab aku tak larat nak listkan semua link blogger Malaysia dalam ni.

Yup, blog anda adalah BLOG TERBAIK di Malaysia. Mungkin tidak ramai yang bersetuju jika anda katakan bahawa blog andalah yang terbaik di Malaysia ataupun di dunia sekalipun tetapi jangan putus asa.


Aku tahu, yakin dan percaya yang semua blogger di negara ni yang berusaha bermatian-matian untuk menjadikan blog mereka terbaik dan diiktiraf oleh ramai orang. Sabarlah, giliran anda pasti tiba tidak lama lagi asalkan korang semua tidak mudah mengalah dan berusaha untuk mencapainya dengan cara yang betul. Goodluck semua ;D

Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment