Ya Allah…
Sekiranya Suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arasy,
Berilah Aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya Suamiku ini adalah Suami yang akan membimbing
Tanganku di Titian-Mu.
Sekiranya Suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arasy,
Berilah Aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya Suamiku ini adalah Suami yang akan membimbing
Tanganku di Titian-Mu.
Kurniakanlah Aku sifat Kasih dan Redha atas segala Perbuatannya
Sekiranya Suamiku ini adalah Bidadara untukku di Jannah-Mu,
Limpahkanlah Aku dengan sifat Tunduk dan Tawadhu akan segala Perintahnya.
Sekiranya Suamiku ini adalah yang Terbaik untukku di Dunia-Mu.
Peliharalah tingkah laku serta Kata-Kataku dari menyakiti Perasaannya.
Sekiranya suamiku ini Jodoh yang di Rahmati oleh-Mu.
Berilah Aku Kesabaran untuk menghadapi segala Kelemahannya.
Ya Allah…. Ya Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi Isteri yang di Rahmati…
Isteri yang di Kasihi….
Isteri yang Shalehah…
Isteri yang sentiasa di Hati Suamiku…
Aamiin, Yaa Rabba ‘Aalamiin…!
0 comments:
Post a Comment