Wanita biasanya selalu cari kesempurnaan pada lelaki. Orang putih kata 'prince charming'. Diorang akan tertarik pada lelaki yang kacak bergaya. Kalau diorang jumpa lelaki yang tampan dan kaya memang takkan tolak. Bagi yang tidak ada rupa paras menarik, jangan bimbang sebab ada cara lain nak pikat hati wanita ne.
Anda mesti pandai bergaya
Kalau anda pandai bergaya, wanita secara automatik akan fikir anda seorang yang up to date. Kalau kita tengok sekarang ne ramai wanita yang suka lelaki yang berpakaian kemas sebab nampak mereka ne berpelajaran. Tak ada rupa lain cerita bro. Jangan berpakaian selekeh sebab first impression dari wanita tu penting. Tak kisahlah baju tu murah ke mahal, tapi kalau anda pandai bergaya tetap nampak macho.
Anda mesti pandai pilih jenama
Kalau anda ada duit lebih belilah pakaian yang berjenama sikit nak bagi nampak bergaya. Sebab bila pakai pakaian yang berjenama mahal ne wanita akan fikir anda ada kerjaya yang hebat. Kalau anda yang ada kerjaya yang gajinya kurang RM 1000 sebulan, tentu anda fikir banyak kali jugak nak beli baju yang berharga RM 100 sehelai ne. Tapi pada wanita ne, diorang dapat beza tau apa pekerjaan anda berdasarkan baju yang anda pakai. So, pandai-pandailah pilih ye bro.
So, tu je la tip yang aku rasa boleh kot pakai. Yalah, selain rupa paras, penampilan pun penting jugak kan kalau nak pikat hati wanita. Kalau anda pakai selekeh, belum sempat buka mulut nak usha dah awal-awal kena tolak. Ingat, first impression bro. Ia bukan mengenai tanggapan anda tapi fikir apa tanggapan orang terhadap anda.
Sumber Nick Nashram
0 comments:
Post a Comment