Hidup kita, ada kalanya tiba masa-masa sukar, yang membuat
hidup terasa penuh kesedihan dan keresahan. Namun, ada saatnya pula tibalah
masa-masa senang, yang membuat hidup terasa penuh kegembiraan dan kebahagiaan.
Tanpa sadar bibir kita basah dengan senyuman. Sesungguhnya, kesedihan dan
kegembiraan, keresahan dan kebahagiaan ialah ujian rahmat dari Allah. Ujian ini
bersilih ganti dan seimbang antara satu sama lain. Sebagaimana sesaatnya malam
ditelan siang. Tak selamanya kesedihan dan kegembiraan melanda kita. Semua itu
datang silih berganti, tanpa selalu dapat dinanti.
There are as many nights as days, and the one is just as
long as the other in the year's course. Even a happy life cannot be without a
measure of darkness, and the word 'happy' would lose its meaning if it were not
balanced by sadness.
~ Quote about Life by Carl Jung
Kesedihan dan Kegembiraan merupakan emosi sementara yang
datang dan pergi, silih berganti. Fahami adalah kesementaraan itu.
Kesementaraan menunjukkan bahawa Kesedihan dan Kegembiraan itu bukanlah milik
kita. Ia ujian dari Allah yang menuntun tindakan dan sikap seseorang manusia
itu. Ia bukanlah kita. Saat gembira fahamilah kegembiraan itu. Saat sedih
selamilah kesedihan itu. Suatu hari nanti saat kita mula sedar dan fahami akan
Kesedihan, Kegembiraan. Insyallah akan datang pasti, emosi-emosi yang lainnya
juga dapat disentuh dengan jiwa yang tenang milik kita.
Doa Penawar Hati yang DUKA dan SEDIH
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ
عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ
بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ،
عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ
بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ،
سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ
أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ
عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ،
أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ
الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ
رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ
"Ya Allah!
Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu
(Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku
adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau
gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada
seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu
ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku,
cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku."
اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ
وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari
(hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut,
lilitan hutang dan penindasan orang."
Read more:
http://pseudosupra.blogspot.com/2012/09/kesedihan-dan-kegembiraan-doa-penawar.html#ixzz26Ef0RByK
0 comments:
Post a Comment