Music

Bapa Tembak Anak Sendiri


Akibat perselisihan faham antara suami dan isteri, anaknya yang baru berusia 15 tahun menjadi mangsa apabila dipercayai terkena satu das tembakan dari pistol bapanya dalam satu kejadian di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian lebih kurang jam 4.30 petang itu, mangsa, Hariharen bersama ibu dan tiga adik beradiknya yang lain berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang berusia dalam lingkungan 40-an.

 Bapa tertembak anak
Menurutnya, bapanya datang ke rumah dan secara tiba-tiba bertekak dengan ibunya yang berusia 30-an.


“Bapa saya bertengkar dengan ibu dan kami adik-beradik cuba menghalang bapa daripada bertindak ganas ke atas ibu.
“Saya cuba meleraikan pergaduhan itu sebelum bergelut dengan suspek. Ketika itulah beberapa das tembakan dilepaskan sebelum mengenai kaki mangsa,” katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.
Akibat tembakan itu, pelajar Sekolah Menengah Ampang itu, cedera di bahagian kaki kiri namun dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika mengesahkan kejadian memberitahu suspek menggunakan pistol jenis Browning dalam insiden berkenaan.
Katanya, pihak polis sedang menjejaki suspek yang melarikan diri menggunakan motosikal selepas kejadian berkenaan dan motif kejadian belum dapat dipastikan.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment