Music

5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara

Bagi penggemar makanan segera McDonalds, menu makanan yang disediakan di semua restoran tersebut di seluruh Malaysia tidak lah terlalu pelik dan aneh berbanding produk makanan mereka di luar negara..Haa, kalau nak tahu apa rupa menu makanan segera McDonalds yang pelik kat luar negara tu, meh usha kat bawah ni,.

1. The Mega Teriyaki Burger.

    - Asal: Jepun



Pada dasarnya, ia adalah burger biasa Big Mac yang telah diletakkan sos teriyaki yang manis dan gelap berserta mayonis. Ia merupakan satu-satu nya produk burger yang datang bersama menu sampingan seperti kentang goreng dan nugget.


2. The McCurry Pan.

    - Asal: India



The McCurry Pan merupakan produk asli dan direka khusus untuk pasaran India. Ia terdiri daripada kotak roti rangup (kotak yang diperbuat daripada roti) yang dipenuhi dengan sos cendawan berkrim, brokoli dan lada loceng (terdapat juga dalam versi ayam). Ia juga sebenarnya terdiri daripada sayur-sayuran sebenar yang dibawa daripada Amerika Syarikat kecuali bawang dan salad.

3. McLaks

   - Asal: Norway



Pada tahun 1997, McDonalds telah memperkenalkan burger salmon di Norway berikutan beberapa kejayaan produk tersebut yang laris dijual. Berlainan daripada burger salmon yang biasa, McLaks direka untuk menjadi lebih serantau, sihat dan lebih rendah lemak di mana mereka menganggarkan majoriti penduduk Norway akan berkunjung ke McDonalds untuk mendapatkan makanan yang sihat.

4. Gallo Pinto

   - Asal: Costa Rica



Gallo Pinto merupakan makanan ruji penduduk Costa Rica yang boleh didapati di semua cawangan restoran McDonalds di sana. Makanan tersebut sangat ringkas, kerana pada asas nya ia hanya terdiri daripada nasi goreng dan kacang dan dimakan terutamanya pada waktu pagi. Dalam versi McDonalds, makanan turut dihidangkan bersama telur hancur dan krim masam.

5. McWedding.

    - Asal: Hong Kong



Jangan pelik kerana restoran McDonalds di Hong Kong menawarkan satu majlis perkahwinan. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu; restoran McDonalds di Asia mempunyai imej pemasaran yang lebih baik daripada di Barat dan majlis perkahwinan di Hong Kong mempunyai kos yang tinggi. Majlis perkahwinan yang ditawarkan oleh McDonalds akan mengambil tempat di salah satu restoran cawangan mereka di sana sambil pasangan pengantin dan para tetamu dihidangkan dengan burger, kentang goreng dan shake.


Bagi penggemar makanan segera McDonalds, menu makanan yang disediakan di semua restoran tersebut di seluruh Malaysia tidak lah terlalu pelik dan aneh berbanding produk makanan mereka di luar negara..Haa, kalau nak tahu apa rupa menu makanan segera McDonalds yang pelik kat luar negara tu, meh usha kat bawah ni,.


Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment