Music

Tips Mudah Tambah Berat Badan Dalam 2 Minggu



Memang banyak tips-tips kesihatan yang boleh dijumpai di Internet. Tapi perasan tak, kebanyakannya untuk mereka yang berlebihan berat badan dan nak kurus. Yang memang dah kurus ni, nak tambah berat badan punya la susah… Hurmm memang takde harapan ke?




Salah! Kali ini, CyberArmy ingin berkongsi tips-tips mudah untuk mereka yang terlalu kurus dan ingin menambah berat badan. Cuba lah! Dan anda akan nampak hasilnya dalam masa paling singkat, iaitu 2 minggu sahaja!

Jom baca selanjutnya…

Jenis Badan : Ectomorph
Mereka yang berbadan Ectomorph amat sukar untuk menambah berat badan. Makan nasi berpinggan-pinggan seharipun takde bezanya. Orang kampung kata mereka ni bela jin dalam badan, sebab tu susah nak gemuk. Salah sebenarnya… Mereka yang berbadan Ectomorph sebenarnya mempunyai kadar metabolisma yang tinggi dari orang lain.

Tapi buat mereka ini, mereka tak perlu risau. Mereka masih boleh menambahkan berat badan jika mereka tahu cara pemakanan dan senaman yang betul. Buktinya, pelakon Brad Pitt merupakan salah seorang yang bertubuh Ectomorph sebelum ini. Tapi dengan latihan dan diet betul, dia dapat menambah berat badan dalam masa yang singkat.

Nak tahu caranya? Baca selanjutnya…

Tips menambah berat badan
- Untuk sarapan pagi, galakkan mengambil roti gandum dengan mentega kacang dan telur separuh masak sebanyak 2 biji.
- Amalkan juga membawa sebotol susu ke tempat kerja.
- Untuk makanan tengahari, anda boleh mengambil nasi dengan sayuran, beserta ikan, ayam atau daging.
- Makan sedikit kekacang atau pisang ketika waktu minum petang.
- Untuk makan malam, anda boleh mengambil nasi dengan sayuran beserta ikan, ayam atau daging.
- Makan sedikit roti gandum dengan mentega kacang sebelum tidur.
- Kurangkan pengambilan marjerin, makanan snek – ia boleh menambahkan kandungan lemak tepu khususnya di bahagian perut.
- Anda juga digalakkan mengambil spageti dan sup berkrim seperti sup cendawan.
- Anda juga boleh turut mengambil ‘whey protein’.
- Dari sudut senaman, anda digalakkan untuk mengangkat berat atau menggunakan ‘dumbbell’. Berat yang dimaksudkan adalah berat yang boleh anda rasai setelah 12 atau 13 kali mengangkatnya. Ia akan menggalakkan pertambahan otot serta menambah selera makan.
- Selepas aktiviti mengangkat berat, dapatkan makanan yang tinggi protin.

Anda akan melihat perubahannya seawal 2 minggu.
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment