Music

TIPS KAYA RAYA DENGAN HANYA BERBLOG!!! JUTAWAN SEGERA BUKAN LAGI IGAUAN!!


TIPS KAYA RAYA DENGAN HANYA BERBLOG!!! JUTAWAN SEGERA BUKAN LAGI IGAUAN!!

Assalamualaikum...


Hari ni aku dengan murah hatinya nak kongsi Tips camne nak menjadi KAYA RAYA hanya dengan menjadi seorang Blogger. Maknanya ini satu berita baik buat semua makhluk yang mempunyai blog.


 camne? goyang tak tengok duit camni??



Suka tak? Suka tak?

HANYA DENGAN BERBLOG!

Jadi camner?

JUTAWAN. Pernah tak korang bercita-cita nak jadi seorang jutawan?



 Aku kaya!! yahoo!! google!! aku kaya!!


Apa yang aku nak kongsi ni bukanlah menjadi KAYA atau JUTAWAN yang berkepuk2 duitnya. Bukan. Sebab WANG @ DUIT sentiasa susut nilainya. Dan satu hari nanti takkan berguna lagi.

Tapi jutawan dengan satu sistem yang lebih hebat dari sistem mata wang. Bukan emas... tapi...

PAHALA. Diulangi dengan perkataan lebih besar dan tebal... PAHALA...

Kita boleh menjadi seorang JUTAWAN PAHALA hanya dengan berblogging.


 

 Waddefishhh????


Tak payah nak buat muka terkejut sangat.

 
 huuuuh... terkono den...



Mesti ada yang kecewa kan? Almaklumlah pahala ni tak berguna sangat untuk kehidupan dunia ni. Duit lagi penting.

Yang berminat boleh teruskan membaca.


TIPS MENJADI JUTAWAN PAHALA DENGAN BLOG :

1) Berkongsi hanya entri yang bermanfaat.

 



Entri bermanfaat bukan bermaksud post pasal keagamaan, hadis-hadis, ayat al-Quran atau pasal hukum hakam je.

Kalau rasa ilmu belum sampai tahap tu, tak payah nak paksa diri takut nanti tersilap post hadis palsu ke apa, ajaran sesat ke.

Cukuplah sekadar berkongsi apa yang kita tahu dan kita rasa orang lain juga perlu tahu.

Contohnya cara membuat kuih tat nenas bersalut perisa vanilla.
Atau cara- cara memakai selipar Jepun dengan cara yang betul.

Apa-apa jelah selagi dirasakan boleh mendatangkan manfaat dan tak mengundang kemurkaan Allah mahupun jiran tetangga.

Sebarkan walau hanya sepotong ayat. Sedikit tak mengapa, lebih baik sikit tapi bermanfaat daripada banyak membawa mudarat (entri fitnah mengutuk)


2) Klik Butang “share “ kalau rasa entri blog orang lain tu ada manfaat.

 
banyak cara nak share...


Ok, yang ni berita baik buat mereka yang takde blog tapi suka baca blog. Bleh tumpang sekaki.
Senang je kan? Satu klik membawa pahala.

Ibarat Perniagaan MLM sistem diamond la. Meh nak terangkan macam mana ohsemnya fungsi button “SHARE” nih..

Sila rujuk gambar rajah di bawah...

 cer try.. cer try..



Nampak kan? Kalaulah setiap orang yang baca tu share apa yang dia baca, lepastu ada orang lain baca apa yang dia share, pastu orang tu share jugak, dan apa yg di share tu ada lagi orang baca dan share, pastu bla bla bla..

Huh... rehat jap.. penat aku explain. Ada bakat jadi ejen MLM tak?

Hanya goyang kaki saja pahala akan mencurah-curah masuk ke dalam kantung amalan kita.


'Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.'

(Hadis Riwayat Muslim)



3) IKLAN : sebarkan Program Ilmu dan Ceramah

Kalau korang ada tau /terbaca/ terpandang poster ke atau ada pengumuman bahawa kat kawasan korang tu akan diadakan program yang baik-baik (bukan konsert k-POP ye) bolehlah tolong iklankan dan sebarkan biar ada orang tau.

Guna medium blog dan internet ni lebih cepat orang tau. (korang tak pergi pun takpe, uhuk uhuk)

4) REVIEW Blog/ page yang bagus pengisiannya

Daripada korang sibuk mengampu blogger femes atau dok promote blog artis/ retis dengan harapan tarik perhatian dorang atau SEO baik korang review blog aku blog ustaz2 atau blog yang tak merapu isinya.

Tak guna nak kejar SEO /backlink sambil trafik dosa mencurah2 masuk. Nak review blog ni pun kena pilih gak sebab takut kita tolong promote dosa orang lain.

Kalau blog tu asyik tayang gambar/cerita tak senonoh /tak tutup aurat tak payah la promote walaupun menjamin trafik tinggi ke blog.

Bila kita review blog yang membawa manfaat dan orang singgah dan mengamalkan apa yang dikongsinya maka share pahala tu insya Allah akan sampai kepada kita jugak,



Cukuplah kot sampai sini. Banyak-banyak kongsi kan korang jadi lagi lebih kaya daripada aku (penyakit kedengki mahluk2 manusia yg kedekut ilmu takut orang lebih hebat daripada dia)


AWAS! Anda juga bisa menjadi JUTAWAN DOSA hanya dengan mengamalkan tips kat atas tu secara SONGSANG...

Oh ya.. lupa nak ingatkan... TIPS2 kat atas tu akan jadi sia-sia je jika niat TAK IKHLAS. Kalau setakat nak menunjuk-nunjuk nak riak takbur ujub sumaah baik tak payah la. Bazir masa je...
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment