Music

Rakyat Malaysia Pertama Menang IWA Young Water Professional Award


dr norhayati abdullah winner young water professional 2012

Tahniah untuk Dr Norhayati Abdullah yang memenangi Anugerah Young Water Professional 2012 dari International Water Association (IWA) di IWA Water World Congress & Ehibition yang berlangsung di Busan, Korea . Anugerah ini diberikan untuk mengiktiraf profesional yang berusia di bawah umur 35 tahun, yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam penyelidikan atau akademik di dalam industri air.


Dr Norhayati ini adalah kakak kepada isteri Mijie, Nurul.  Mereka sekeluarga adalah rakan blogger yang paling kerap saya keluar bersama.  Baca entri  Hubungan Blogger Di Luar Talian dan  Janji Ditepati Di Nelayan Titiwangsa
Sambil bersembang di group Whatsapp , sambil  bercerita dan menonton youtubeShila Amzah yang diumumkan sebagai juara pertandingan Asian Wave Competition 2012 di Shanghai, tergerak hati untuk berkongsi satu lagi kejayaan yang patut dibanggakan oleh kita semua.
p/s –  Shila nyanyi lagu Mandrin Forever Love tu memang superb.
Dr Norhayati ialah seorang pensyarah di Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan , UTM Skudai berumur 32 tahun.  Suami beliau , Dr. Muhamad Ali Muhammad Yuzir juga pensyarah di universiti sama. Beliau mempunyai 2 orang anak dan sekarang sedang mengandung 5 bulan.
Beliau  pernah membentangkan penyelidikan di House of Commons London atau seperti  Dewan Rakyat di Malaysia.
fahim dan maklong
Fahim dan Mak Long.  Tahniah Dr Norhayati.  Kejayaan yang membanggakan!

sumber kujie2.com
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment