Mari kita mulakan perbualan ilmiah kita akan tajuk ini. Semalam aku ada naikkan isu di GBS (bukan Geng Bas Sekolah). Perbualan sedikit haru biru memandangkan waktu sudah memberatkan mata yang sudah layu. Pertama persoalan pemilihan tajuk bukanlah bermaksud dituju kepada sesiapa tapi berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling dan seharian hidup.
Betulkah perempuan tak pandang lelaki yang bermotosikal? Kebanyakkannya memandang sinis terhadap lelaki yang bermotosikal dan melabelkan bermacam-maca terhadap mereka. Bukankah itu bersangka buruk kepada orang? Haha jawablah !
Antara jawapan yang aku dapat dari GBS, depa seolah-olah sangat protective terhadap statement ini, mengapa?
- Naik motor itu tak menjamin masa depan. Takkan nak usung pakai motor?
- Perempuan kena ada motor jugak, nak pergi mana-mana masing-masing bawak sendiri.
- Pelajar bermula dengan motor, jangan kutuk mereka yang bermotor. Nanti kerja belilah kereta pulak !
- Naik kereta pum bahaya, macam-macam boleh jadi jugak.
- Motor ni geng mat rempit je.
- Ingat naik motor tak semestinya tak berduit. Mana tahu dia guna motor untuk pergi kerja saja, kereta berlambak dekat rumah kan?
Itulah antara jawapan yang sempat aku kumpul semalam yang tidak meliputi jawapan semua dari GBS. Apapun bagi aku, tak kisahlah siapa kita ini. Kalau hidup kita bermula dengan senang ataupun semuanya dari keluarga yang cukup ada, jangan sesekali kita pandang sinis kepada mereka yang kurang daripada kita. Bersyukurlah kita lahir dari keluarga yang sudah capai ekonomi ataupun kestabilan rumah tangga berbanding dengan mereka yang sederhana. Maknanya tanpa ibu bapa kita, mungkin kita lebih kurang dengan mereka malah juga mungkin berada dibawah lagi daripada mereka yang sederhana.
Bagi yang perempuan, tak usahlah "gila besi" orang kata. Harta dan wang ringgit bukan dapat menjamin segala-galanya walaupun hampir segala-galanya memerlukan wang ringgit. Tak semestinya orang yang mempunyai kewangan yang cukup tidak ada masalah. Begitulah juga mereka yang bermasalah dalam kewangan mungkin ada kelebihan buat mereka yang tidak ada pada kita yang cukup segalanya.
0 comments:
Post a Comment