Music

Langkah Untuk Mencantikkan Profail Baru Facebook


Bagi korang yang addict dengan laman web sosial Facebook, pasti korang perasan yang paparan utama profail telah dikemaskini. Pada mulanya, ramai pengguna mengatakan ianya hodoh dan macam-macam lagi. Tetapi, selepas Alexandre Oudin memperkenalkan satu konsep baru yang agak menarik dan unik. Jika korang masih belum faham apa yang aku perkatakan, boleh lihat gambar dibawah yang telah dijadikan trend oleh setiap pengguna Facebook baru ini. Amacam? Menarik kan. Jadi, hari ini aku nak tunjukkan cara bagaimana untuk korang membuat profail seperti itu.


Disini, aku akan menunjukkan 2 cara bagaimana korang boleh buat profail seperti itu.
  • Menggunakan Adobe Photoshop/GIMP
  • Menggunakan laman web.

Dapatkan Profail Baru Facebook

Link dibawah adalah untuk mereka yang masih belum dapat mencuba profile baru tersebut. Bagi mereka yang sudah menggunakan profail baru itu, sila ke langkah berikutnya.

Menggunakan Adobe Photoshop/GIMP

1. Pastikan korang mempunyai Adobe Photoshop terlebih dahulu. Jika tiada, muat turun Adobe Photoshop tersebut. Cara ini boleh dilakukan pada kesemua versi Adobe Photoshop.
2. Muat turun file .psd yang sudah dibuat khas.
Muat Turun Facebook New Layout
3. Extract file .zip tersebut dan buka melalui Adobe Photoshop korang.
4. Masukkan gambar yang korang mahu gunakan pada layer baru dan pastikan bahagian yang korang mahu gunakan berada di kawasan yang tidak digelapkan.
5. Selepas berpuas hati, save gambar tersebut sebagai “Save for Web & Devices“.
6. Sila upload gambar facebook_layout_01.jpg dan jadikan ia sebagai Profile Picture.
7. Untuk gambar yang selebihnya (facebook_layout_03.jpg hingga facebook_layout_07.jpg), sila upload ke mana-mana album dan tag gambar tersebut kepada profile korang sendiri bermula dari gambar facebook_layout_07.jpg hingga ke facebook_layout_03.jpg.

Menggunakan Laman Web

1. Pergi ke laman PicCut seperti link yang diberi dibawah.
Pergi ke PicCut
2. Upload gambar yang korang mahu gunakan.
3. Save ke semua gambar ke dalam komputer korang.
4. Sila ikut langkah 6 dan 7 di bahagian Menggunakan Adobe Photoshop/GIMP bagi proses seterusnya.

Sumber

Digital Inspiration – http://www.labnol.org/
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment