Haa..Bagi korang yang teringin nak melayari bahtera rumah
tangga tu, boleh la ambil informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan
seks korang nanti..Bukan apa, mungkin ada antara korang yakni lelaki yang
teringin nak cuba-cuba masuk ikut "pintu belakang" ni kan? Mungkin
selepas membaca informasi ni nanti, korang akan fikirkan "rancangan"
korang tu semula..Apa-apa pun, meh baca dulu cerita kat bawah ni..
Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang
lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang
(dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila
orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa
yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang
mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal,
ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya
Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari
duburnya."
Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur
kerana:-
1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur,
iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula
jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.
Sumber: GilerKentang
Sekarang macam mana? Dah tahu sebabnya bukan? Oleh itu, bagi
korang (lelaki) yang nak berjimak dengan isteri tu, berjimak lah dengan cara
yang mengikut syariat Islam..Usah terpengaruh dengan gaya bintang porno Barat
tu sebab Islam dah sediakan kaedah yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya..
0 comments:
Post a Comment