Situasi 1 : Ketika awek tersebut menunggu bas.
Anda dilarang keras untuk menanyakan gadis tersebut soalan -
soalan common seperti, 'cik adik tunggu bas ke? atau 'sekarang pukul berapa
ye?'. Tindakkan ini pastinya membuatkan gadis tersebut memandang enteng kepada
anda. Jadi, tanyalah gadis itu dengan soalan ini, 'Cik adik, jom solat dulu
pastu baru tunggu bas' atau 'tumpang tanya masjid dekat mana ye?'. Soalan
seperti ini membuka hati gadis tersebut untuk memberi first impression yang
baik terhadap anda walaupun jelas menunjukkan anda ini kaki ponteng solat.
Situasi 2 : Ketika awek tersebut sedang makan.
Anda tidak boleh mengorat awek yang anda suka ketika beliau
sedang makan. Pantang kalau mereka ini dikacau ketika menikmati hidangan di
depan mata. Jadi untuk menunjukkan yang anda seorang yang gentlemen. Duduk di
sebelah meja awek tersebut ketika anda makan. Jangan menegurnya. Apabila awek
tersebut selesai makan, anda cepat - cepat ke kaunter membuat pembayaran untuk
meja dimana awek tersebut berada. Belanja awek tersebut walaupun isi dalam
wallet anda tinggal nyawa -nyawa ikan sahaja. This is turning point, apabila
awek tersebut ingin membuat pembayaran, pastinya awek tersebut terperanjat dan
terharu kerana ada secret admire (iaitu anda) sudah membayar makanan beliau.
Biarkan awek tersebut berlalu dengan penuh persoalan. Dengan ini anda berjaya
memancing perasaan beliau walaupun selepas ini anda akan memancing di longkang
kerana duit belanja anda sudah burn.
Situasi 3 : Ketika awek tersebut sedang berjogging
Pastikan anda bersedia pada awal pagi untuk turun bersenam
atau lebih tepat lagi bersenam sambil mengorat awek yang anda suka. Apabila
anda tunggu buatlah streching sekali dua supaya otot - otot badan anda regang
dan lancar bagi membolehkan anda berjogging dengan awek tersebut. Tunggulah
beliau dengan penuh kesabaran. Apabila anda melihat kelibat beliau cepat -
cepat berlakon kaki kekejangan. Walaupun macho disitu tiada tetapi ini adalah
peluang. Minta tolong awek tadi pimpin anda ke kerusi. Wah! Jika beliau banyak
bertanya mengenai kaki anda maksudnya beliau seorang wanita yang mengambil
berat. Dari situ, anda tanyalah sidia soalan - soalan yang biasa ditanya bagi
memulakan sesi soalan kenal. Tak perlu berterima kasih pada saya! Haha
Tiga situasi ini bergantung kepada keadaan. Namun, teknik -
teknik ini boleh di apply dalam pelbagai jenis situasi. Banyak lagi teknik yang
Abang Lan ada tetapi tiga teknik ini sudah memadai kerana kalau bagi lebih
sangat teknik, anda mungkin akan bertukar menjadi buaya lidah bercabang!
Anda puas hati dengan tips ini atau anda tak puas hati
dengan saya? Tak mengapa jumpa saya lagi dalam Tips Siot. Adios!
sumber blogsiot
0 comments:
Post a Comment